Monday, April 13, 2020

141. Bertanya 'bila (objek) di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'bila (objek) di(pasif)' atau 'bilakah (objek) di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'bila (objek) di(pasif)' (dulu) atau 'bilakah (objek) di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'bila (objek) di(pasif)' atau 'bilakah (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, bila atau bilakah ialah 'when'.

Berikut ialah 2 struktur bagi penggunaan perkataan 'when' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas (ayat dinyatakan dalam bentuk pasif) :

1. 'When' + 'was' + (objek) + ('past participle').
2. 'When' + 'were' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.

Semua perkataan diatas adalah menunjukkan masa 'past tense' (masa lalu).

'Past participle' digunakan dalam bentuk 'pasif'.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.


1. Struktur : 'When' + 'was' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'was' diikuti (objek) tertentu diikuti ('past participle') tertentu.

'When was' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - Mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas) - Mengikut perkataan 'was'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
When was the first computer invented ?Bilakah komputer yang pertama dicipta ?
When was Gautama Buddha born ?Bilakah Gautama Buddha dilahirkan ?
When was it discovered ?Bilakah ia ditemui ?
When was it first introduced ?Bilakah pertamakali ia diperkenalkan ?
When was the building completed ?Bilakah bangunan itu disiapkan ?


2.Struktur : 'When' + 'were' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'were' diikuti (objek) tertentu diikuti ('past participle') tertentu.

'When were' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' Mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas) - Mengikut perkataan 'were'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
When were you born ?Bilakah awak dilahirkan ?
When were the pyramids built ?Bilakah piramid-piramid dibina ?
When were we registered ?Bilakah kita didaftarkan ?
When were cars invented ?Bilakah kereta-kereta dicipta ?
When were those planets discovered ?Bilakah planet-planet itu ditemui ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...