Tuesday, April 7, 2020

145. Bertanya 'tidak bolehkah (objek)' (dulu)

Bertanya 'tidak bolehkah' (dulu)

Bertanya 'tidak bolehkah' (dulu) bermaksud bertanya 'tidak bolehkah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas.

Untuk bertanya tidak bolehkah dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas, dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan berikut :

'Couldn't' (ringkasan bagi 'could not').

Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

'Couldn't' + (objek) + ('verb').

Dalam bentuk soalan, couldn't bererti tidak bolehkah.
Perkataan 'couldn't' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'couldn't' menunjukkan masa 'past tense'.
Perkataan 'couldn't' adalah 'past tense' bagi 'can't'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



Struktur : 'Couldn't' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'couldn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Couldn't' dalam bentuk soalan, boleh diterjemah sebagai tidak bolehkah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
. 2. Masa : 'Past tense' - dahulu. Mengikut perkataan couln't.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Couldn't she wait at the time ?Tidak bolehkah dia tunggu pada masa itu ?
Couldn't he come with us at the time ?Tidak bolehkah dia pergi bersama kita pada masa itu ?
Couldn't you help me with that project at the time ?Tidak bolehkah awak bantu saya berkenaan projek itu pada masa itu ?
Couldn't they wait until the following day ?Tidak bolehkah mereka tunggu hingga hari berikutnya ?
Couldn't she buy it yesterday ?Tidak bolehkah dia membelinya semalam ?

Catitan :

- Kadang-kadang 'couldn't' digunakan oleh sesetengah orang Inggeris dalam 'present tense' dimana ia kelihatan lebih lembut dan sopan.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Couldn't'Couldn't' + (objek) + ('verb')SemuaPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...