Thursday, April 16, 2020

132. Bertanya 'adakah (objek) sudah tidak sedang' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) sudah tidak sedang' (dulu).

Bertanya 'adakah (objek) sudah tidak sedang' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah tidak sedang' dimana hal yang ditanya itu tidak sedang berlaku pada tempoh masa yang lepas.

Dalam bahasa Inggeris, sistem masa yang sepadan ialah 'past perfect continuous tense' (bentuk soalan dalam bentuk negatif).

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya adakah (objek) sudah tidak sedang dimana hal yang ditanya itu tidak sedang berlaku pada masa lepas ialah :

'Hadn't' (Ringkasan bagi 'had not').

Perkataan tersebut digunakan dalam struktur berikut :

1. 'Had not' + (objek) + 'been' + ('present participle').

Perkataan 'had not' bererti adakah ... sudah tidak.

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
.
Kombinasi 'had ... been' menunjukkan masa 'past perfect tense'.
Perkataan ('present participle') menunjukkan perbuatan sedang berlaku ('continuous').

Dalam bahasa Melayu, ayat 'sudah tidak sedang' tidak digunakan, tapi ditunjukkan dalam buku ini untuk memadankan dengan keujudan satu 'tense' dalam bahasa Inggeris iaitu 'past perfect continuous tense'.

'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.



Struktur : 'Had not' + (objek) + 'been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) sudah tidak sedang'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect Continuous tense' - Sedang berlaku pada tempoh masa dahulu (hal yang ditanya itu ujud dari pada masa lepas hingga ke satu masa lepas juga).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar) EnglishMelayu
GoPergiHad you not been going to office for last two days ?Adakah awak sudah tidak pergi ke pejabat dalam 2 hari lepas ?
VisitLawatHad she not been visiting your cousins ?Adakah dia sudah tidak melawat anak saudara awak ?
SleepTidurHad not she been sleeping since the past 15 hours ?Adakah dia sudah tidak tidur sejak 15 jam lepas ?
ComeDatangHad not they been coming to office since February 2013 ?Adakah mereka sudah tidak datang ke pejabat sejak Februari 2013 ?
FeedBeri makanHad not she been feeding her baby since 6 months ago ?Adakah dia sudah tidak beri makan bayinya sejak 6 bulan lepas ?

Perhatian

Beza antara pertanyaan has/have/had + not + (objek) dengan pertanyaan has/have/had + (objek) + not ialah : has/have/had + not + (objek) diterjemah sebagai Tidakkah sudah + (objek). Has/have/had + (objek) + not diterjemah sebagai adakah (objek) sudah tidak.

Biasanya penutur bahasa Inggeris menggunakan has/have/had + not + (objek) bukan has/have/had + (objek) + not.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Had notHad not + (objek) + been + (present participle)SemuaPast Perfect Continuous tenseSoalan Negatif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...