Wednesday, April 15, 2020

133. Bertanya 'bila' atau 'bilakah' (sendiri)

Bertanya 'bila' atau 'bilakah' (sendiri)

Bertanya 'bila' atau 'bilakah' (sendiri) bermaksud bertanya 'bila' atau 'bilakah' dimana perkataan bila atau bilakah digunakan sendirian tanpa melibatkan apa-apa objek dan masa (tiada perkataan lain sebelum dan sesudahnya).

Dalam bahasa Inggeris, bila atau bilakah ialah 'when'.

Perkataan Inggeris 'when' boleh digunakan dengan sendiri tanpa melibatkan apa-apa objek dan masa.

EnglishMelayu
When ?Bila ?
Ali : I told him
Abu : When ?
Ali : Saya sudah beritahu dia.
Abu : Bila ?
Ali : Come to my house
Abu : When ?
Ali : Datanglah ke rumah saya
Abu : Bila ?

Perhatian :

'When' biasa juga digunakan dalam ayat biasa bukan dalam bentuk soalan.

EnglishMelayu
I was watching tv when he enteredSaya sedang menonton tv bila dia masuk
I will tell you when the show startsSaya akan beritahu awak bila pertunjukan bermula
When I was 5 years old, I was very naughtyMasa saya berumur 5 tahun, saya sangat nakal
When in Rome, do as the Romans doBila berada di Rom, buatlah seperti orang Rom buat
Student killed when hit by lightningPelajar terbunuh bila disambar kilat

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...