Monday, April 13, 2020

136. Bertanya 'bila akan' atau 'bilakah akan' (sekarang)

Bertanya 'bila' atau 'bilakah' (akan datang)

Bertanya 'bila' (akan datang) atau 'bilakah' (akan datang) bermaksud bertanya 'bila' atau 'bilakah' dimana hal yang ditanya itu dianggap akan ujud pada masa depan.

Dalam bahasa Inggeris, bila atau bilakah ialah 'when'.

Berikut ialah pelbagai struktur dalam bahasa Inggeris bagi bertanya bila (akan datang) atau bilakah (akan datang) :

1. 'When' + 'will' + (objek) + ('verb').
2. 'When' + 'will' + (objek) + 'become' + ('non-verb').
3. 'When' + 'am' + (objek) + 'going to' + ('verb').
4. 'When' + 'is' + (objek) + 'going to' + ('verb').
5. 'When' + 'are' + (objek) + 'going to' + ('verb').
6. 'When' + 'am' + (objek) + ('gerund').
7. 'When' + 'is' + (objek) + ('gerund').
8. 'When' + 'are' + (objek) + ('gerund').



Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek. Perkataan 'will' menunjukkan masa 'future tense - for the present' (masa depan bagi masa sekarang).

Kombinasi 'am' + ... + 'going to' boleh digunakan untuk menggantikan 'will'..
Kombinasi 'is' + ... + 'going to' boleh digunakan untuk menggantikan 'will'..
Kombinasi 'are' + ... + 'going to' boleh digunakan untuk menggantikan 'will'..

Kombinasi 'am' + ... + ('gerund') boleh digunakan untuk menggantikan 'will'.
Kombinasi 'is' + ... + ('gerund') boleh digunakan untuk menggantikan 'will'.
Kombinasi 'are' + ... + ('gerund') boleh digunakan untuk menggantikan 'will'.

Kombinasi 'am' + ... + 'become' boleh digunakan untuk menggantikan 'will' bagi 'non-verb'.
Kombinasi 'is' + ... + 'become' boleh digunakan untuk menggantikan 'will' bagi 'non-verb'.
Kombinasi 'are' + ... + 'become' boleh digunakan untuk menggantikan 'will' bagi 'non-verb'.

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.

'Gerund' adalah satu jenis 'non-verb' juga.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

Perkataan 'gerund' dan 'present participle' adalah sama ejaannya. Cuma, 'present participle' menunjukkan 'verb' yang sedang berlaku, manakala 'gerund' adalah nama perbuatan. Kedua-duanya hanya boleh dibina dari 'verb'. Kedua-duanya ada penambahan huruf 'ing' di belakangnya. Dalam struktur diatas, perkataan itu sesuai dianggap sebagai 'gerund' bukannya 'present participle'. Lebih-lebih lagi pertanyaannya ialah 'when are...' bukan 'are ...'.



1. Struktur : 'When' + 'will' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'will' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'When will' bermakna bilakah akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - Mengikut perkataan 'will'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
When will oil run out ?Bilakah minyak akan habis ?
When will it end ?Bilakah ia akan berakhir ?
When will daddy come home ?Bilakah ayah akan pulang ke rumah ?
when will they learn ?Bilakah mereka akan belajar ?
When will I see you smile again ?Bilakah saya akan lihat awak senyum semula ?


2. Struktur : 'When' + 'will' + (objek) + 'become' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'will' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'become' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'When will' bermakna bilakah akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : semua ('I, you, singular, plural') - Mengikut perkataan 'will'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Masa depan - hal yang ditanya itu akan ujud pada masa depan (bagi masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action-verb'.

EnglishMelayu
When will he become a teacher ?Bilakah dia akan jadi seorang guru ?
When will he become a good man ?Bilakah dia akan jadi orang baik ?
When will he become a father ?Bilakah dia akan jadi seorang ayah ?
When will Ali become a contractor ?Bilakah Ali akan jadi seorang kontraktor ?
When will Abu become a member of parliament ?Bilakah Abu akan jadi ahli dewan parlimen ?

3. Struktur : 'When' + 'am' + (objek) + 'going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'going to' diikuti ('verb') tertentu.

'When am' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' - Mengikut perkataan 'am'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Masa depan - hal yang ditanya itu ujud pada masa depan (bagi masa sekarang) - Mengikut perkataan 'am ... going to'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
When am I going to enter ?Bilakah saya akan masuk ?
When am I going to leave ?Bilakah saya akan pergi ?
When am I going to marry ?Bilakah saya akan kahwin ?
When am I going to come back ?Bilakah saya akan balik ?
When am I going to finish the task ?Bilakah saya akan menghabiskan tugasan itu ?

4. Struktur : 'When' + 'is' + (objek) + 'going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'going to' diikuti ('verb') tertentu.

'When is' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - Mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Masa depan - hal yang ditanya itu akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang) - Mengikut perkataan 'is ... going to'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
When is he going to come ?Bilakah dia akan datang ?
When is she going to leave ?Bilakah dia akan pergi ?
When is she going to get married ?Bilakah dia akan kahwin ?
When is the cat going to come back ?Bilakah kucing itu akan balik ?
When is Ali going to finish the task ?Bilakah Ali akan menghabiskan tugasan itu ?

5. Struktur : 'When' + 'are' + (objek) + 'going to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'going to' diikuti ('verb') tertentu.

'When are' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - Mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Masa depan - hal yang ditanya itu akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang) - Mengikut perkataan 'are ... going to'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
When are you going to come ?Bilakah awak akan datang ?
When are they going to leave ?Bilakah awak akan pergi ?
When are you going to get married ?Bilakah awak akan kahwin ?
When are the astronouts going to come back ?Bilakah astronot-astronot itu akan balik ?
When are Ali and Abu going to finish the task ?Bilakah Ali dan Abu akan menghabiskan tugasan itu ?

6. Struktur : 'When' + 'am' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'am' diikuti (objek) tertentu diikuti ('gerund') tertentu.

'When am' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' - Mengikut perkataan 'am'.
2. Masa : 'Present tense - for the present' (Sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang) - Mengikut perkataan 'am'.
3. 'Gerund' (nama perbuatan). 'Gerund' adalah sejenis 'non-verb' juga.

EnglishMelayu
When am I presenting ?Bilakah saya akan mempersembahkan ?
When am I leaving ?Bilakah saya akan pergi ?
When am I getting married ?Bilakah saya akan kahwin ?
When am I coming back ?Bilakah saya akan balik ?
When am I going to finish the task ?Bilakah saya akan menghabiskan tugasan itu ?

Catitan :

7. Struktur : 'When' + 'is' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti ('gerund') tertentu.

'When is' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - Mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Masa depan - hal yang ditanya itu akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang).
3. 'Gerund' (nama perbuatan). 'Gerund' adalah sejenis 'non-verb' juga.

EnglishMelayu
When is she presenting ?Bilakah dia akan mempersembahkan ?
When is he leaving ?Bilakah dia akan pergi ?
When is he getting married ?Bilakah dia akan kahwin ?
When is he coming back ?Bilakah dia akan balik ?
When is Ali going to finish the task ?Bilakah Ali akan menghabiskan tugasan itu ?


8. Struktur : 'When' + 'are' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'when' diikuti perkataan 'are' diikuti (objek) tertentu diikuti ('gerund') tertentu.

'When are' bermakna bilakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - Mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (Masa depan - hal yang ditanya itu akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang).
3. 'Gerund' (nama perbuatan). 'Gerund' adalah sejenis 'non-verb' juga.

EnglishMelayu
When are you coming ?Bilakah awak akan datang ?
When are you leaving ?Bilakah awak akan pergi ?
When are you getting married ?Bilakah awak akan kahwin ?
When are you coming back ?Bilakah awak akan balik ?
When are you going to finish the task ?Bilakah awak akan menghabiskan tugassn itu ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
When willWhen will (objek) + ('verb')SemuaFuture tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...