Bertanya 'adakah (objek) sudah tidak di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) sudah tidak di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan ini boleh dipadankan dengan pertanyaan bagi sistem masa 'Present Perfect tense' bentuk negatif pasif.
Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya adakah (objek) sudah tidak di(pasif) (sekarang) :
'Hasn't' (Ringkasan bagi 'has not').
'Haven't' (Ringkasan bagi 'have not').
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Has not' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'Have not' + (objek) + 'been' + ('past participle').
Perkataan 'has not' dan 'have not' bererti 'adakah .... sudah'.
Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Kedua-dua kombinasi 'has' + ... ('past participle')' dan 'have' + ... ('past participle')' menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense' (dulu hingga sekarang).
Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti 'di'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' (kata perbuatan).
1. Struktur : 'Has not' + (objek) + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) sudah tidak di(pasif)'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Berlaku pada tempoh masa sekarang (hal yang ditanya itu ujud dari pada masa lepas hingga ke masa kini).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu | English | Melayu |
| Visit | Lawat | Has not he been visited by his cousins ? | Adakah dia sudah tidak dilawati oleh anak saudara dia ? |
| Study | Kaji/td> | Has not this book been studied for 5 months ? | Adakah buku ini sudah tidak dikaji selama 5 bulan ? |
| Use | Guna | Has not this tool been used for 5 months ? | Adakah buku ini sudah tidak digunakan selama 5 bulan ? |
| Wash | Cuci | Has not this trousers been washed for 5 months ? | Adakah seluar ini sudah tidak dicuci selama 5 bulan ? |
| Switch on | Buka suis | Has not this motor been switched on for 5 months ? | Adakah motor ini sudah tidak buka suisnya selama 5 bulan ? |
Catitan :
- Struktur ini juga membawa makna 'adakah (objek) belum di(pasif)'. Iaitu, dalam bahasa Melayu, perkataan 'sudah tidak' boleh di ganti dengan 'belum'.
2. Struktur : 'Have not' + (objek) + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) sudah tidak di(pasif)'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Berlaku pada tempoh masa sekarang (hal yang ditanya itu ujud dari pada masa lepas hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu | English | Melayu |
| Visit | Lawat | Have not you been visited by your cousins ? | Adakah awak sudah tidak dilawati oleh anak saudara awak ? |
| Play | Main | Have not the musics been played for 3 hours ? | Adakah musik-musik itu sudah tidak dimainkan selama 3 jam ? |
| Watch | Tonton | Have not the movies been watched by you since 11 am ? | Adakah movi-movi itu sudah tidak ditonton oleh awak sejak jam 11 pagi ? |
| Write | Tulis | Have not articles been contributed by them since 2010 ? | Adakah artikel-artikel sudah tidak disumbangkan oleh mereka sejak 2010 ? |
| Finish | Siap | Have not the homeworks been finished ? | Adakah kerja-kerja rumah itu sudah tidak disiapkan ? |
Catitan :
- Struktur ini juga membawa makna 'adakah (objek) belum di(pasif)'. Iaitu, dalam bahasa Melayu, perkataan 'sudah tidak' boleh di ganti dengan 'belum'.
Perhatian
Beza antara pertanyaan has/have/had + not + (objek) dengan pertanyaan has/have/had + (objek) + not ialah : has/have/had + not + (objek) diterjemah sebagai Tidakkah sudah + (objek). Has/have/had + (objek) + not diterjemah sebagai adakah (objek) sudah tidak.
Biasanya penutur bahasa Inggeris menggunakan has/have/had + not + (objek) bukan has/have/had + (objek) + not.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Has not | Has not + (objek) + been + (past participle) | Singular | Present Perfect tense | Soalan Negatif |
| Have not | Have not + (objek) + been + (past participle) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Soalan Negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb