Saturday, April 18, 2020

128. Bertanya 'adakah (objek) tidak' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) tidak' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) tidak' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) tidak' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas.

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) tidak' (dulu) dan pertanyaan 'adakah (objek) bukan' (dulu) menggunakan perkataan yang sama.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya adakah (objek) tidak atau adakah (objek) bukan dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu, boleh dilakukan dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang sama seperti berikut :

'Was' + (objek) + 'not'.
'Were' + (objek) + 'not'.

Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Was' + (objek) + 'not' + ('non-verb').
2. 'Were' + (objek) + 'not' + ('non-verb').

Kedua dua perkataan 'was' dan 'were', dalam bentuk soalan, bererti 'adakah' atau 'bukankah'.

Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'Í, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.

Kedua dua perkataan 'was' dan 'were' menunjukkan masa 'Past tense' (masa lepas).

Kedua dua perkataan 'was' dan 'were' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).



1. Struktur : 'Was' + (objek) + 'not' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak' atau adakah (objek) bukan'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Perkataan 'was' digunakan bagi objek-objek ini.
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal tidak yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Was it not your purse ?Adakah itu bukan beg duit awak ?
Was he not your best friend ?Adakah dia bukan kawan baik awak ?
Was she not the best orator in the school ?Adakah dia bukan pendebat terbaik di sekolah ?
Was Ahmad not your neighbour ?Adakah Ahmad bukan jiran awak ?
Was the cat not yours ?Adakah kucing itu bukan milik awak ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'was not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek).

2. Struktur : 'Were' + (objek) + 'not' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak' atau adakah (objek) bukan'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (hal tidak yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Were you not British ?Adakah awak dulu bukan orang British ?
Were you not student of this school ?Adakah awak dulu bukan pelajar sekolah ini ?
Were they not our former teachers ?Adakah mereka bukan bekas guru-guru kita ?
Were the cars not those stolen last month ?Adakah kereta-kereta itu bukan yang kena curi bulan lepas ?
Were we not their friends ?Adakah kita (dulu) bukan kawan mereka ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'were not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek).

Perhatian

Beza antara pertanyaan are + (objek) + not dengan pertanyaan aren't + (objek) ialah : are + (objek) + not diterjemah sebagai adakah + (objek) + tidak tetapi aren't + (objek) diterjemah sebagai tidakkah (objek) atau bukankah (objek).

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
WasWas + (objek) + not + (non-verb)I, SingularPast tenseSoalan
WereWere (objek) + not + (non-verb)You, PluralPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...