Bertanya 'adakah (objek) tidak' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) tidak' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) tidak' (sekarang) dan pertanyaan 'adakah (objek) bukan' (sekarang) menggunakan perkataan yang sama.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'adakah (objek) tidak' atau 'adakah (objek) bukan' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang, boleh dilakukan dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang sama seperti berikut :
'Am' + (objek) + 'not'.
'Is' + (objek) + 'not'.
'Are' + (objek) + 'not'.
Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Am' + (objek) + 'not' + ('non-verb').
2. 'Is' + (objek) + 'not' + ('non-verb').
3. 'Are' + (objek) + 'not' + ('non-verb').
Ketiga-tiga perkataan 'am', 'is', 'are', dalam bentuk soalan, bererti 'adakah'.
Perkataan 'am' digunakan jika objek 'Í'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'Singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'You, plural'.
Ketiga-tiga perkataan 'am', 'is', 'are' menunjukkan masa 'Present tense' (sekarang).
Ketiga-tiga perkataan 'am', 'is', 'are' digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).
1. Struktur : 'Am' + (objek) + 'not' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'tidakkah (objek) tidak' atau adakah (objek) bukan'.
Struktur soalan ini digunakan jika :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal tidak yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Am I not right ? | Adakah saya tak betul ? |
| Am I not attentive ? | Adakah saya tidak mengambil perhatian ? |
| Am I not strong ? | Adakah saya tidak kuat ? |
| Am I not strong enough ? | Adakah saya tidak cukup kuat ? |
| Am I not as clever as him ? | Adakah saya tidak sepandai dia ? |
| Am I not taxable ? | Adakah saya tidak dikenakan cukai ? |
| Am I not slim? | Adakah saya tidak kurus ? |
| Am I not beautiful ? | Adakah saya tidak cantik ? |
| Am I not beautiful enough ? | Adakah saya tidak cukup cantik ? |
| Am I not being soft ? | Adakah saya tidak sedang berlaku lembut ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'am not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek).
2. Struktur : 'Is' + (objek) + 'not' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'is' diikuti dengan (objek) diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak' atau adakah (objek) bukan'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal tidak yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Is Ahmad not an orphan ? | Adakah Ahmad bukan anak yatim ? |
| Is it not sweet ? | Adakah ia tak manis ? |
| Is it not sweet enough ? | Adakah ia tak cukup manis ? |
| Is he not a prefect ? | Adakah dia bukan seorang pengawas ? |
| Is she not tall ? | Adakah dia tak tinggi ? |
| Is she not tall enough ? | Adakah dia tak cukup tinggi ? |
| Is the cat not a male | Adakah kucing itu bukan jantan ? |
| Is he not studying ? | Adakah dia tak belajar ? |
| Is he not studying hard enough ? | Adakah dia tak belajar cukup kuat ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'is not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek).
3. Struktur : 'Are' + (objek) + 'not' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'are' diikuti dengan (objek) diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak' atau adakah (objek) bukan'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal tidak yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Are you not okay ? | Adakah awak kurang sihat ? |
| Are you not happy with the result ? | Adakah awak tidak gembira dengan keputusan itu ? |
| Are we not the winner ? | Adakah kita bukan pemenangnya ? |
| Are the teachers not ready ? | Adakah guru-guru belum bersedia ? |
| Are we not in the wrong track ? | Adakah kita tidak di laluan yang salah ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'are not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek).
Perhatian
Beza antara pertanyaan are + (objek) + not dengan pertanyaan aren't + (objek) ialah : are + (objek) + not diterjemah sebagai adakah + (objek) + tidak tetapi aren't + (objek) diterjemah sebagai tidakkah (objek) atau bukankah (objek).
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Am | Am + (objek) + not + (non-verb) | I | Present tense | Soalan |
| Is | Is + (objek) + not + (non-verb) | Singular | Present tense | Soalan |
| Are | Are + (objek) + not + (non-verb) | You, Plural | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb