Monday, April 20, 2020

126. Bertanya 'adakah (objek) membuat' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) membuat' (dulu).

Bertanya 'adakah (objek) membuat' (dulu) sama dengan bertanya 'adakah (objek) menyebabkan' (dulu).

Bertanya 'adakah (objek) membuat' (dulu) atau bertanya 'adakah (objek) menyebabkan' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) membuat' atau bertanya 'adakah (objek) menyebabkan' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang lepas.

Contohnya, kadang-kadang kita bertanya 'adakah saya membuat awak marah ?' Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) membuat' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan ialah :

1. 'Did'.

Perkataan diatas, dalam bentuk soalan, bermakna 'adakah'.

Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :

1. 'Did' + (objek) + 'make'.

Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
Perkataan 'did' menunjukkan masa 'Past tense' (dulu).
Perkataan 'make' adalah satu 'verb' (perbuatan).
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'Did' + (objek) + 'make'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'make'.

Struktur ini bermakna adakah (objek) membuat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (masa dahulu - hal yang disoal itu ujud pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) - 'make' adalah satu 'verb' (perkataan perbuatan).

EnglishMelayu
Did he make Ali sad ?Adakah dia telah membuat Ali sedih ?
Did he make Ali joyful ?Adakah dia telah membuat Ali gembira ?
Did he make you confused ?Adakah dia telah membuat awak keliru ?
Did they make Ali mad ?Adakah mereka telah membuat Ali marah ?
Did they make Ali sad ?Adakah mereka telah membuat Ali sedih ?
Did they make Ali joyful ?Adakah mereka telah membuat Ali gembira ?
Did they make you confused ?Adakah mereka telah membuat awak keliru ?

Alternatif :

EnglishMelayu
Did I anger you ?Adakah saya telah membuat awak marah ?
Did he anger Ali ?Adakah dia telah membuat Ali marah ?
Did the event sadden Ali ?Adakah kejadian itu telah menyedihkan Ali ?
Did they anger Ali ?Adakah mereka telah membuat Ali marah ?
Did they sadden Ali ?Adakah mereka telah menyedihkan Ali ?

Catitan :

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
DidDid + (objek) + makeI, You, Singular, PluralPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...