Perkataan membuat lebih tepat diertikan sebagai menyebabkan.
Bertanya 'adakah (objek) membuat' (sekarang) atau 'adakah (objek) menyebabkan' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) membuat' atau 'adakah (objek) menyebabkan' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) menyebabkan' (sekarang) dan pertanyaan 'adakah (objek) membuat' (sekarang) menggunakan perkataan yang sama.
Contohnya, kadang-kadang kita bertanya 'adakah saya membuat/menyebabkan awak marah ?' Pertanyaan ini mempunyai frasa 'adakah (objek) membuat/menyebabkan'.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya demikian ialah :
1. 'Do'.
2. 'Does'.
Semua perkataan diatas, dalam bentuk soalan, bermakna 'adakah'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :
1. 'Do' + (objek) + 'make'.
2. 'Does' + (objek) + 'make'.
Perkataan 'Do' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'Does' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'do' dan 'does' menunjukkan masa 'Present tense'.
Perkataan 'do' dan 'does' digunakan bagi 'verb' (perbuatan).
'Make' adalah satu 'verb'.
Perkataan 'make' boleh diganti dengan perkataan 'cause'.
Dalam bentuk soalan, keduanya hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
2. Struktur : 'Does' + (objek) + 'make'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'does' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'make'.
Struktur ini bermakna adakah (objek) membuat/menyebabkan.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - 'make' adalah satu 'verb' (perkataan perbuatan).
| English | Melayu |
| Does he make Ali mad ? | Adakah dia membuat Ali marah ? |
| Does he make Ali sad ? | Adakah dia membuat Ali sedih ? |
| Does he make Ali joyful ? | Adakah dia membuat Ali gembira ? |
| Does he make you confused ? | Adakah dia membuat awak keliru ? |
Alternatif :
| English | Melayu |
| Does he anger Ali ? | Adakah dia membuat Ali marah ? |
| Does the event sadden Ali ? | Adakah kejadian itu menyedihkan Ali ? |
2. Struktur : 'Do' + (objek) + 'make'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'do' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'make'.
Struktur ini bermakna adakah (objek) membuat/menyebabkan.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang disoal itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - 'Make' adalah satu 'verb' (perkataan perbuatan).
| English | Melayu |
| Do they make Ali mad ? | Adakah mereka membuat Ali marah ? |
| Do they make Ali angry ? | Adakah mereka membuat Ali marah ? |
| Do they make Ali sad ? | Adakah mereka membuat Ali sedih ? |
| Do they make Ali joyful ? | Adakah mereka membuat Ali gembira ? |
| Do they make you confused ? | Adakah mereka membuat awak keliru ? |
| Do I make Ali mad ? | Adakah saya membuat Ali sangat marah ? |
| Do I make Ali angry ? | Adakah saya membuat Ali marah ? |
| Do I make Ali sad ? | Adakah saya membuat Ali sedih ? |
| Do I make Ali sad ? | Adakah saya menyedihkan Ali ? |
| Am I make Ali joyful ? | Adakah saya membuat Ali gembira ? |
| Do I make you confused ? | Adakah saya membuat awak keliru ? |
| Do I make you walk ? | Adakah saya membuat awak berjalan ? |
Alternatif :
| English | Melayu |
| Do they anger Ali ? | Adakah mereka membuat Ali marah ? |
| Do they sadden Ali ? | Adakah mereka menyedihkan Ali ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Do | Do + (objek) + make | I, You, Plural | Present tense | Soalan |
| Does | Does + (objek) + make | Singular | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb