Thursday, April 23, 2020

124. Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' (dulu) dan pertanyaan 'adakah (objek) bukan sedang di(pasif)' (dulu) menggunakan perkataan-perkataan yang sama.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya adakah (objek) tidak sedang di(pasif) (dulu) atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif) (dulu) boleh dilakukan dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang sama seperti berikut :

'Was' + (objek) + 'not'.
'Were' + (objek) + 'not'.

Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Was' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle').
2. 'Were' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle').


Dalam bentuk soalan, 'was' dan 'were' bermakna 'adakah'.
Perkataan 'was'' digunakan jika objek 'Í, singular'.
Perkataan 'were'' digunakan jika objek 'you, plural'.

Perkataan 'being' dalam struktur ini sesuai dimaknakan sebagai 'sedang'.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.

Kombinasi 'was + ... + being + ('past participle')' dan kombinasi 'were + ... + being + ('past participle')' menunjukkan masa 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada masa lepas), dalam bentuk pasif.

Dalam bahasa Melayu, biasanya tidak ada pertanyaan begini ('adakah (objek) tidak sedang di(pasif)') tetapi dicontohkan dalam buku ini untuk memadankan dengan suatu sistem masa dalam bahasa Inggeris iaitu 'Past Continuous tense' (dalam bentuk soalan negatif).



1. Struktur : 'Was' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif)'.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - Sedang berlaku dahulu (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Was she not being driven at the time ?Adakah dia tak sedang dipandu pada masa itu ?
Was the sample not being studied at the time ?Adakah sampel tidak sedang dikaji pada masa itu ?
Was it not being worked on at the time ?Adakah ia tidak sedang diusahakan pada masa itu ?
Was she not being cried at the time ?Adakah dia tidak sedang ditangisi pada masa itu ?
Was she not being listened at the time ?Adakah dia tidak sedang didengar pada masa itu ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'was not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.

2. Struktur : 'Were' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif)'.

Struktur soalan ini digunakan jika :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - Sedang berlaku dahulu (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Were they not being played at the time ?Adakah mereka tidak sedang dipermainkan pada masa itu ?
Were the samples not being studied at the time ?Adakah sampel-sampel tidak sedang dikaji pada masa itu ?
Were the problems not being worked on at the time ?Adakah masalah itu tidak sedang diselesaikan pada masa itu ?
Were those dogs not being bitten at the time ?Adakah anjing-anjinb itu tidak sedang digigit pada masa itu ?
Were those students not being listening at the time ?Adakah para pelajar itu tidak sedang didengar pada masa itu ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'were not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
WasWas + (objek) + not + 'being' + ('past participle')I, SingularPast Continuous tenseSoalan negatif
WereWere (objek) + not + 'being' + ('past participle')You, PluralPast Continuous tenseSoalan negatif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...