Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu berlaku pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' (sekarang) dan pertanyaan 'adakah (objek) bukan sedang di(pasif)' (sekarang) menggunakan perkataan yang sama.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya adakah (objek) tidak sedang di(pasif) (sekarang) atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif) (sekarang) boleh dilakukan dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang sama seperti berikut :
'Am' + (objek) + 'not'.
'Is' + (objek) + 'not'.
'Are' + (objek) + 'not'.
Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Am' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle').
2. 'Is' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle').
3. 'Are' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle').
Dalam bentuk soalan, perkataan 'am, is, are' bermakna 'adakah' atau bukankah.
Perkataan 'am' digunakan jika objek 'Í'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'You, plural'.
Kombinasi 'am + ... + 'being'' menunjukkan masa 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang).(
Kombinasi 'is + ... + 'being'' menunjukkan masa 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Kombinasi 'are + ... + 'being'' menunjukkan masa 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Dalam struktur ini, perkataan 'being' sesuai bermakna 'sedang di'.
Perkataan '('past participle')' tertentu digunakan bagi bentuk 'pasif'.
Dalam bahasa Melayu, biasanya tidak ada pertanyaan (adakah (objek) tidak sedang di(pasif)) tetapi dicontohkan dalam buku ini untuk memadankan dengan suatu sistem masa dalam bahasa Inggeris iaitu 'Present Continuous tense' (dalam bentuk soalan negatif).
Perhatikan, perkataan objek diselitkan antara 'am' dan 'not', 'is' dan 'not' dan 'are' dan 'not'.
1. Struktur : 'Am' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif)'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' - Sedang berlaku sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Am I not being driven ? | Adakah saya tak sedang dipandu ? |
| Am I not being monitored ? | Adakah saya tidak sedang diperhatikan ? |
| Am I not being worked ? | Adakah saya tidak sedang dikerjakan ? |
| Am I not being cried ? | Adakah saya tidak sedang ditangisi ? |
| Am I not being listened ? | Adakah saya tidak sedang didengar ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'am not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.
2. Struktur : 'Is' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'Is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif)'.
Struktur soalan ini digunakan jika :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' - Sedang berlaku sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Is she not being driven ? | Adakah dia tak sedang dimandu ? |
| Is the animal not being studied ? | Adakah binatang itu tidak sedang dipelajari ? |
| Is the problem not being worked out ? | Adakah masalah itu tidak sedang diselesaikan ? |
| Is she not being cried upon ? | Adakah dia tidak sedang ditangisi ? |
| Is she not being listened ? | Adakah dia tidak sedang didengar ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'is not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.
3. Struktur : 'Are' + (objek) + 'not' + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang di(pasif)' atau adakah (objek) bukan sedang di(pasif)'.
Struktur soalan ini digunakan jika :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' - Sedang berlaku sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Are they not being played out ? | Adakah mereka tidak sedang dipermainkan ? |
| Are we not being monitored ? | Adakah kita tidak sedang diperhatikan ? |
| Are the problems not being worked out ? | Adakah masalah-masalah itu tidak sedang diselesaikan ? |
| Are those dogs not being bitten ? | Adakah anjing-anjing itu tidak sedang digigit ? |
| Are those students not being listened ? | Adakah para pelajar itu tidak sedang didengar ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'are not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Am | Am + (objek) + not + 'being' + ('past participle') | I | Present Continuous tense | Soalan negatif |
| Is | Is + (objek) + not + 'being' + ('past participle') | Singular | Present Continuous tense | Soalan negatif |
| Are | Are + (objek) + not + 'being' + ('past participle') | You, Plural | Present Continuous tense | Soalan negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb