Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) tidak sedang' (dulu) dan pertanyaan 'adakah (objek) bukan sedang' (dulu) menggunakan perkataan yang sama.
Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang' (dulu) atau 'adakah (objek) bukan sedang' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) tidak sedang' atau 'adakah (objek) bukan sedang' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa yang telah lepas.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya adakah (objek) tidak sedang (dulu) atau adakah (objek) bukan sedang (dulu) boleh dilakukan dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang sama seperti berikut :
'Was' + (objek) + 'not'.
'Were' + (objek) + 'not'.
Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Was' + (objek) + 'not' + ('present participle').
2. 'Were' + (objek) + 'not' + ('present participle').
Dalam bentuk soalan, 'was' dan 'were' bermakna 'adakah'.
Perkataan 'was'' digunakan jika objek 'Í, singular'
Perkataan 'were'' digunakan jika objek 'you, plural'.
Kedua-dua kombinasi 'was + ... + ('present participle')' dan kombinasi 'were + ... + ('present participle')' menunjukkan masa 'Past Continuous tense' (sedang berlaku dulu).
Perkataan 'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
Dalam bahasa Melayu, biasanya tidak ada pertanyaan begini (adakah (objek) tidak sedang) tetapi dicontohkan dalam buku ini untuk memadankan dengan satu sistem masa dalam bahasa Inggeris iaitu 'Past Continuous tense' (dalam bentuk soalan negatif).
1. Struktur : 'Was' + (objek) + 'not' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang' atau adakah (objek) bukan sedang'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - Sedang berlaku dahulu (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Was she not driving at the time ? | Adakah dia tak sedang memandu pada masa itu ? |
| Was she not studying at the time ? | Adakah dia tidak sedang belajar pada masa itu ? |
| Was she not working on it at the time ? | Adakah dia tidak sedang mengerjakannya pada masa itu ? |
| Was she not crying at the time ? | Adakah dia tidak sedang menangis pada masa itu ? |
| Was she not listening at the time ? | Adakah dia tidak sedang mendengar pada masa itu ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'was not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.
2. Struktur : 'Were' + (objek) + 'not' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang' atau adakah (objek) bukan sedang'.
Struktur soalan ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' - Sedang berlaku dahulu (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Were they not playing at the time ? | Adakah mereka tidak sedang bermain ? |
| Were we not studying at the time ? | Adakah kami tidak sedang belajar pada masa itu ? |
| Were you not working on it at the time ? | Adakah awak tidak sedang mengerjakannya pada masa itu ? |
| Were those dogs not biting at the time ? | Adakah anjing-anjinb itu tidak sedang menggigit pada masa itu ? |
| Were those students not listening at the time ? | Adakah para pelajar itu tidak sedang mendengar pada masa itu ? |
Catitan :
- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'were not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.
Ringkasan
| Was | Was + (objek) + not + (present participle) | I, Singular | Past Continuous tense | Soalan negatif |
| Were | Were (objek) + not + (present participle) | You, Plural | Past Continuous tense | Soalan negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb