Saturday, April 25, 2020

121. Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'adakah (objek) tidak sedang' (sekarang) dan pertanyaan 'adakah (objek) bukan sedang' (sekarang) menggunakan perkataan yang sama.

Bertanya 'adakah (objek) tidak sedang' (sekarang) atau 'adakah (objek) bukan sedang' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) tidak sedang' atau 'adakah (objek) bukan sedang' dimana hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya adakah (objek) tidak sedang (sekarang) atau adakah (objek) bukan sedang (sekarang) boleh dilakukan dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang sama seperti berikut :

'Am' + (objek) + 'not'.
'Is' + (objek) + 'not'.
'Are' + (objek) + 'not'.

Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Am' + (objek) + 'not' + ('present participle').
2. 'Is' + (objek) + 'not' + ('present participle').
3. 'Are' + (objek) + 'not' + ('present participle').

Dalam bentuk soalan, perkataan-perkataan 'am', 'is', are' bermakna 'adakah'.

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'Í'
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'Singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'You, plural'.

Kombinasi 'am + ... + ('present participle')' menunjukkan masa 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Kombinasi 'is + ... + ('present participle')' menunjukkan masa 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Kombinasi 'are + ... + ('present participle')' menunjukkan masa 'Present Continuous tense' (sedang berlaku sekarang).

'Present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.

Dalam bahasa Melayu, biasanya tidak ada pertanyaan begini (adakah (objek) tidak sedang) tetapi dicontohkan dalam buku ini untuk memadankan dengan satu sistem masa dalam bahasa Inggeris iaitu 'Present Continuous tense' (bentuk soalan).



1. Struktur : 'Am' + (objek) + 'not' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang' atau adakah (objek) bukan sedang'.

Struktur soalan ini digunakan jika :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' - Sedang berlaku sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Am I not driving ?Adakah saya tak sedang memandu ?
Am I not studying ?Adakah saya tidak sedang belajar ?
Am I not working on it ?Adakah saya tidak sedang mengerjakannya ?
Am I not crying ?Adakah saya tidak sedang menangis ?
Am I not listening ?Adakah saya tidak sedang mendengar ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'am not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.

2. Struktur : 'Is' + (objek) + 'not' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang' atau adakah (objek) bukan sedang'.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' - Sedang berlaku sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Is she not driving ?Adakah dia tak sedang memandu ?
Is she not studying ?Adakah dia tidak sedang belajar ?
Is she not working on it ?Adakah dia tidak sedang berusaha mengerjakannya ?
Is she not crying ?Adakah dia tidak sedang menangis ?
Is she not listening ?Adakah dia tidak sedang mendengar ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'is not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.

3. Struktur : 'Are' + (objek) + 'not' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan ('present participle') tertentu.

Struktur ini membawa makna 'adakah (objek) tidak sedang' atau adakah (objek) bukan sedang'.

Struktur soalan ini digunakan jika :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' - Sedang berlaku sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Are they not playing ?Adakah mereka tidak sedang bermain ?
Are we not studying ?Adakah kami tidak sedang belajar ?
Are you not working on it ?Adakah awak tidak sedang mengerjakannya ?
Are those dogs not biting ?Adakah anjing-anjinb itu tidak sedang menggigit ?
Are those students not listening ?Adakah para pelajar itu tidak sedang mendengar ?

Catitan :

- Sebagai alternatif, kita boleh gunakan struktur 'are not + (objek)' yang bermakna 'tidakkah (objek)' atau 'bukankah (objek)'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
AmAm + (objek) + not + (present participle)IPresent Continuous tenseSoalan negatif
IsIs + (objek) + not + (present participle)SingularPresent Continuous tenseSoalan negatif
AreAre + (objek) + not + (present participle)You, PluralPresent Continuous tenseSoalan negatif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...