Sunday, April 26, 2020

120. Bertanya 'tidakkah (objek) mempunyai' (dulu)

Bertanya 'Tidakkah (objek) mempunyai' (dulu)

Bertanya 'tidakkah (objek) mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya 'tidakkah (objek) mempunyai' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan untuk bertanya tidakkah (objek) mempunyai atau bukankah (objek) mempunyai dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas ialah :

'Didn't' (ringkasan bagi 'did not').

Perkataan tersebut digunakan dalam struktur berikut :

1. 'Did not' + (objek) + 'have'.

Perkataan 'did not', dalam bentuk soalan bererti 'adakah ... tidak', 'tidakkah' atau 'bukankah'.

Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'have' dalam struktur ini sesuai bermakna 'mempunyai' atau 'ada'.

Jika masa tidak dinyatakan tetapi perkataan 'did' digunakan, ini menunjukkan masa 'past tense'.

Perkataan 'have' dalam struktur diatas adalah satu 'verb'.

Tiada struktur 'did not' + (objek) + 'has'.



1. Struktur : 'Did not' + (objek) + 'have'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'did not' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'have'.

'Didn't' adalah ringkasan bagi 'did not'.

Struktur soalan ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, this, that, you, they, we, these, those' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - Hal kepunyaan yang ditanya itu suatu kebiasaan atau kelaziman pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Didn't he have a good knowledge of English ?Tidakkah dia ada pengetahuan yang baik dalam bahasa Inggeris ?
Didn't they have little understanding ?Tidakkah mereka mempunyai sedikit persefahaman ?
Didn't we have mutual understanding ?Tidakkah kita ada saling memahami ?
Didn't John and Terry have different background ?Tidakkah John dan Terry mempunyai latarbelakang berbeza ?
Didn't you have your breakfast at 7 a.m ?Tidakkah awak bersarapan pada jam 7 pagi ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Did notDid not + (objek) + 'have' + (non-verb)SemuaPast tenseSoalan Negatif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...