Tuesday, March 10, 2020

194. Bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)'' (dulu)

Bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)', 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)' (dulu) sama dengan bertanya 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' (dulu).

Bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)' (dulu) atau 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)' atau 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada masa lepas.

Contohnya, kadang-kadang kita ingin berkata 'mengapa kereta awak sedang dibaiki' tapi hal pembaikan itu ujud pada masa lepas. Maksudnya ialah hal itu sedang berlaku tapi pada masa lalu dan dinyatakan dalam bentuk 'pasif'.

Dalam Bahasa Inggeris, ada 2 kombinasi perkataan yang bermaksud 'sedang di(pasif)' (dulu) :

'Was' + 'being' + ('past participle').
'Were' + 'being' + ('past participle').

Kombinasi perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Why' + (objek) + 'was' + 'being' + ('past participle').
2. 'Why' + (Objek) + 'were' + 'being' + ('past participle').

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.

Perkataan 'was' dan 'were' menunjukkan masa 'past tense' (lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi bila 2 perkataan ini digunaksn, ia menandakan hal masa lepas ('past tense').

Dalam struktur-struktur ini, perkataan 'being' bermaksud sedang ('continuous' dalam bentuk soalan pasif).

Perkataan 'past participle') tertentu berasal dari 'verb'.
'Past participle' digunakan bagi bentuk 'pasif'.



1. Struktur : 'Why' + (objek) + 'was' + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'was' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada masa dahulu - perbuatan itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayuEnglishMelayu
MassageUrutWhy he was being massaged at that timeMengapa dia sedang diurut pada masa itu
BathMandiWhy the baby was being bathedMengapa bayi itu sedang dimandikan
TortureSeksaWhy she was being torturedMengapa dia sedang diseksa
DragSeretWhy it was being draggedMengapa ia sedang diseret
DrinkMinumWhy your favourite drink was being drunk by AliMengapa minuman kegemaran awak sedang diminum oleh Ali
WalkJalanWhy the patient was being walked down the stairsMengapa pesakit itu sedang dituntun menuruni tangga
ReadBacaWhy the speech was being read by his assistantMengapa ucapannya sedang dibacakan oleh pembantunya
StudyBelajarWhy the report was being studied by the managerMengapa laporan itu sedang dikaji oleh pengurus
PlayMainWhy the final match was being played thereMengapa perlawanan akhir sedang dimainkan di sana
BuildBinaWhy the new stadium was being builtMengapa stadium baru sedang dibina
DraftDerafWhy a new agreement was being draftedMengapa perjanjian baru sedang dideraf
DoBuatWhy work was being done hereMengapa kerja sedang dibuat di sini
Walk upJalan bertuntunWhy she was being walked-up the floor when her mother arrivedMengapa dia sedang dituntun menaiki tangga semasa ibunya sampai

Perhatian :

- Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'was being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa lepas dan dinyatakan dalam bentuk pasif.

2. Struktur : 'Why' + (objek) + 'were' + 'being' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'were' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (sedang berlaku pada satu ketika dahulu - perbuatan pasif itu sedang dilakukan pada satu ketika pada masa yang lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayuEnglishMelayu
LectureSyarahWhy they were being lecturedMengapa mereka sedang diberi syarahan (pada masa itu)
ProsecuteHukumWhy the pupils were being prosecutedMengapa murid-murid itu sedang dihukum (pada masa itu)
TreatLayan Why we were being treated like school-childrenMengapa kami (sedang) dilayan seperti budak sekolah (pada masa itu)
PutLetakWhy the goods were being put thereMengapa barang-barang itu sedang diletak di sana (pada masa itu)
StudyBelajarWhy the instruction to stop came while the report was being studiedMengapa arahan untuk memberhentikannya tiba sedangkan laporan sedang dikaji
PlayMainWhy the electricity suddenly went-off when show was being played Mengapa tiba-tiba bekalan letrik terputus bila pertunjukan sedang dimainkan

Perhatian :

- Dalam contoh-contoh diatas, walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'were being' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sedang berlangsung pada masa lepas dan dinyatakan dalam bentuk pasif.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Was being + (past participle)(Objek) + was + being + (past participle)I, singularPast Continuous tensePasif
Were being + (past participle)(Objek) + were + being + (past participle)You, pluralPast Continuous tensePasif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...