Saturday, March 7, 2020

195. Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)', 'kenapa (objek) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) dan 'kenapa (objek) sudah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' atau 'kenapa (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada tempoh masa sekarang dan hal itu dinyatakan dalam bentuk pasif.

Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur untuk bertanya mengapa (objek) sudah di(pasif) (sekarang) atau kenapa (objek) sudah di(pasif) (sekarang) :

1. 'Why' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle').
2. 'Why' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'has' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek ialah 'I, you, plural'.

Perkataan 'been' bila di kombinasi dengan 'past participle' bererti di.

Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam bentuk pasif.

Struktur ini adalah bentuk soalan bagi masa 'present perfect tense' bentuk pasif.

Kombinasi 'has' + ... + 'been' + ('past participle') dan 'have' + ... + 'been' + ('past participle') menunjukkan masa 'present perfect tense' bentuk pasif.

Dalam buku ini, perkataan Melayu sudah digunakan untuk memadankan dengan masa 'present perfect tense' yang ada dalam bahasa Inggeris.
Dalam bahasa Melayu, perkataan (sudah) sering disenyapkan walaupun ia membawa maksud demikian.



1. Struktur : 'Why' + 'has' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (berlaku dalam tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa ia berlaku sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
RepaintWhy has the car been repainted ?Mengapa kereta itu (sudah) dicat semula ?
DoWhy has it been done like that ?Mengapa ia (sudah) dibuat seperti itu ?
InformWhy has she been informed like that ?Mengapa dia (sudah) diberitahu seperti itu ?
BullyWhy has he been bullied ?Mengapa dia (sudah) dibuli ?
CookWhy has the fish been cookied ?Mengapa ikan itu (sudah) dimasak ?
MonitorWhy has he been monitored ?Mengapa dia (sudah) diperhatikan ?
FollowWhy has he been followed ?Mengapa dia (sudah) diikuti ?
CheckWhy has he been checked ?Kenapa dia (sudah) diperiksa ?
StudyWhy has it been studied ?Kenapa ia (sudah) dikaji ?
TreatWhy has he been treated like this ?Kenapa dia (sudah) dilayan seperti ini ?
TargetWhy has he been targeted ?Mengapa dia (sudah) dijadikan sasaran ?
BlameWhy has he been blamed ?Mengapa dia (sudah) dipersalahkan ?
PersecuteWhy has he been persecuted ?Mengapa dia (sudah) dihukum ?
IgnoreWhy has he been ignored ?Mengapa dia (sudah) tidak dipedulikan ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'has (objek)' bukan '(objek) has'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'has (objek)', manakala dalam bentuk aktif gunakan '(objek) has'.

2. Struktur : 'Why' + 'have' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those, plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
AskWhy have you been asked to sit outside ?Kenapa awak (sudah) disuruh duduk di luar ?
TestWhy have you been tested again ?Mengapa awak (sudah) diuji lagi ?
LaughWhy have we been laughed at ?Kenapa kita (sudah) ditertawakan ?
BurnWhy have the items been burnt ?Kenapa barang-barang itu (sudah) dibakar ?
BreakWhy have the items been broken ?Kenapa barang-barang itu (sudah) dipatah-patahkan ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'have (objek)' bukan '(objek) have'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'have (objek)', manakala dalam bentuk aktif gunakan '(objek) have'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Why hasWhy + has + (objek) + been + (past participle)SingularPresent Perfect tenseSoalan
Why haveWhy + have + (objek) + been + (past participle)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...