Friday, March 6, 2020

196. Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)'

Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' (dulu) sama dengan bertanya 'kenapa (objek) sudah di(pasif)' (dulu).

Bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' (dulu) atau 'kenapa (objek) sudah di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' atau 'kenapa (objek) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap sudah berlaku pada tempoh masa dahulu (hal itu dinyatakan dalam bentuk pasif).

Contohnya, kadang-kadang kita ingin bertanya 'mengapa kereta awak sudah dibaiki' dimana hal pembaikan itu ujud pada masa lepas. Maksudnya ialah hal itu sudah berlaku pada tempoh masa lalu dan dinyatakan dalam bentuk 'pasif'.

Dalam Bahasa Inggeris, kombinasi perkataan berikut bermaksud 'mengapa (objek) sudah di(pasif)' (dulu) :

'Why' + 'had' + (objek) + 'been' + ('past participle').

1. Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'been' bila di kombinasi dengan 'past participle' bererti di.

Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam bentuk pasif.

Struktur ini adalah bentuk soalan bagi masa 'past perfect tense' bentuk pasif.
Walaupun masa perbuatan tidak dinyatakan tetapi apabila perkataan 'had' digunakan maka dengan sendirinya bermakna perbuatan itu sudah berlangsung pada tempoh masa lepas.

Kombinasi 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan masa 'past perfect tense'.

Dalam buku ini, perkataan Melayu sudah digunakan untuk memadankan dengan masa 'past perfect tense'.

'Past participle' digunakan untuk menunjukkan bentuk 'pasif'.



1. Struktur : 'Why' + 'had' + (objek) + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'had' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (sudah berlaku pada masa dahulu - perbuatan pasif itu sudah dilakukan pada satu ketika pada masa yang lepas) - mengikut perkataan 'had'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
MassageUrutWhy had he been massaged at that period of time ?Mengapa dia (sudah) diurut pada tempoh masa itu ?
BathMandiWhy had the baby been bathed ?Mengapa bayi itu sudah dimandikan ?
TortureSeksaWhy had she been tortured ?Mengapa dia sudah diseksa ?
DragSeretWhy had it been dragged ?Mengapa ia sudah diseret ?
TeachAjarWhy had John been taught Science ?Mengapa John sudah diajar Sains ?
EatMakanWhy had the frog been eaten by the snake ?Mengapa katak itu sudah dimakan oleh ular ?
SwallowTelanWhy had the frog been swallowed by the snake ?Mengapa katak itu sudah ditelan oleh ular itu ?
ShowTayangWhy had the match been shown on TV ?Mengapa perlawanan itu sudah ditayangkan di TV ?
DrinkMinumWhy had your favourite drink been drunk by Ali ?Mengapa minuman kegemaran awak sudah diminum oleh Ali ?
WalkJalanWhy had the patient been walked down the stairs ?Mengapa pesakit itu sudah dituntun menuruni tangga ?
ReadBacaWhy had the speech been read by his assistant ?Mengapa ucapannya sudah dibacakan oleh pembantunya ?
CookMasakWhy had the food been cooked by the assistant cook ?Mengapa makanan sudah dimasak oleh pembantu tukang masak ?
StudyBelajarWhy had the report been studied by the manager ?Mengapa laporan itu sudah dikaji oleh pengurus ?
PlayMainWhy had the final match been postponed ?Mengapa perlawanan akhir itu sudah ditangguhkan ?
BroadcastPancarWhy had the news been broadcasted ?Mengapa berita itu sudah dipancarkan ?
DraftDerafWhy had the agreement been drafted ?Mengapa perjanjian sudah dideraf ?
DoBuatWhy had work been done here ?Mengapa kerja sudah dibuat di sini ?
ServeHidangWhy had the food been served at that time ?Mengapa makanan sudah dihidangkan pada masa itu ?
Walk upJalan bertuntunWhy had she been walked-up the floor when her mother arrived ?Mengapa dia sudah dituntun menaiki tangga semasa ibunya sampai ?
ReadBacaWhy had the book been read when the teacher came ?Mengapa buku itu sudah dibaca ketika guru sampai ?
CheatTipuWhy had they been cheated ?Mengapa mereka sudah dikelentong ?
PlayMainWhy had you been played ?Mengapa awak sudah dipermainkan ?
LectureSyarahWhy had we been lectured ?Mengapa kami sudah diberi syarahan ?
TellBeritahuWhy had they been told ?Mengapa mereka sudah diberitahu ?
ProsecuteHukumWhy had the pupils been prosecuted ?Mengapa murid-murid itu sudah dihukum ?
TreatLayanWhy had we been treated like school-children ?Mengapa kami (sudah) dilayan seperti budak sekolah ?
MissRinduWhy had you been missed ?Mengapa awak (sudah) dirindui ?
PutLetakWhy had the goods been put there ?Mengapa barang-barang itu sudah diletak di sana ?
RobRompakWhy had they been robbed when we were awake ?Mengapa mereka sudah dirompak ketika kami masih sedar ?
StudyBelajarWhy had the report been studied when the instruction to stop came ?Mengapa laporan sudah dikaji apabila arahan untuk memberhentikannya tiba ?
PlayMainWhy had the show been played ?Mengapa pertunjukan sudah dimainkan ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan (sudah) biasa disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Had been + (past participle)Why + had + (Objek) + (past participle)SemuaPast Perfect tensePasif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...