Thursday, March 5, 2020

197. Bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)', 'kenapa (objek) belum di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)' (sekarang) atau 'kenapa (objek) belum di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)' atau 'kenapa (objek) belum di(pasif)' dimana hal belum yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa sekarang, dan hal dinyatakan dalam bentuk pasif.

Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur untuk bertanya mengapa (objek) belum di(pasif)' (sekarang) atau kenapa (objek) belum di(pasif)' (sekarang) :

1. 'Why' + 'has' + (objek) + 'not' + 'been' + ('past participle').
2. 'Why' + 'have' + (objek) + 'not' + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'has' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek ialah 'I, you, plural'.

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.

Kombinasi 'has' ... 'past participle' dan 'have' ... 'past participle' menunjukkan masa 'present perfect tense'.
Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila 2 kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada tempoh masa 'present perfect tense' (tempoh masa sekarang).

Dalam bahasa Melayu, perkataan belum digunakan untuk memadankan dengan kombinasi has ... ('past participle') dan 'have ... ('past participle').



1. Struktur : 'Why' + 'has' + (objek) + 'not' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa sekarang) - mengikut kombinasi perkataan 'has + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
DominateWhy has Hindi language not been accepted as the world languages ?Mengapa bahasa Hindi belum diterima sebagai salah satu bahasa utama dunia ?
ProcessWhy has my internet payment not been processed ?Mengapa bayaran melalui internet saya belum diproses ?
DefeatWhy has England football team not been defeated by the Malaysian team ?Mengapa pasukan bola England belum dikalahkan oleh pasukan Malaysia ?
ExplainWhy has the issue not been explained to us ?Mengapa isu itu belum diterangkan kepada kami ?

2. Struktur : 'Why' + 'have' + (objek) + 'not' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those, plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa sekarang) - mengikut kombinasi perkataan 'have + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
ProcessWhy have the payments not been processed ?Kenapa pembayaran-pembayaran itu belum diproses ?
ExplainWhy have the issues not been explained to us ?Mengapa isu-isu itu belum diterangkan kepada kami ?
SendWhy have the goods not been sent to them ?Kenapa barang-barang itu belum dihantar kepada mereka ?
RemoveWhy have the dirts not been removed?Kenapa kotoran-kotoran itu belum dibuang ?
BuyWhy have the tickets not been bought ?Kenapa tiket-tiket itu belum dibeli ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Why hasWhy + has + (objek) + not + been + (past participle)SingularPresent Perfect tenseSoalan pasif
Why haveWhy + have + (objek) + not + been + (past participle)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan pasif

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...