Bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)' (dulu) sama dengan bertanya 'kenapa (objek) belum di(pasif)' (dulu).
Bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)' (dulu), 'kenapa (objek) belum di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) belum di(pasif)' atau 'kenapa (objek) belum di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa dahulu (hal dinyatakan dalam bentuk pasif).
Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut digunakan untuk bertanya mengapa (objek) belum di(pasif) (dulu) :
1. 'Why' + 'had' + (objek) + 'not' + 'been' + ('past participle').
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' ... ('past participle') bererti di.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.
Kombinasi 'had' ... 'past participle' menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.
Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada tempoh masa 'past perfect tense' (tempoh masa lepas).
Struktur ini adalah bentuk soalan bagi tempoh masa 'past perfect tense'.
1. Struktur : 'Why' + 'had' + (objek) + 'not' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural' - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa dahulu) - mengikut perkataan 'had'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Process | Why had my internet payment not been processed ? | Mengapa bayaran melalui internet saya belum diproses ? |
| Explain | Why had the issue not been explained to us ? | Mengapa isu itu belum diterangkan kepada kami ? |
| Send | Why had the goods not been sent to them ? | Kenapa barang-barang itu belum dihantar kepada mereka ? |
| Remove | Why had the dirts not been removed? | Kenapa kotoran-kotoran itu belum dibuang ? |
| Buy | Why had the tickets not been bought ? | Kenapa tiket-tiket itu belum dibeli ? |
Catitan :
- 'Had not' boleh bermakna belum (bagi tempoh masa dulu).
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Why had | Why + had + (objek) + not + been + (past participle) | Semua | Past Perfect tense | Soalan pasif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb