Bertanya 'mengapa (objek) sudah' (sekarang) atau 'kenapa (objek) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sudah' atau 'kenapa (objek) sudah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa sekarang (dulu hingga sekarang).
Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 4 struktur yang boleh digunakan untuk bertanya mengapa (objek) sudah (sekarang) atau kenapa (objek) sudah (sekarang) iaitu :
1. 'Why' + 'has' + (objek) + ('past participle').
2. 'Why' + 'have' + (objek) + ('past participle').
3. 'Why' + 'has' + (objek) + 'been' + ('non-verb').
4. 'Why' + 'have' + (objek) + 'been' + ('non-verb').
Perkataan 'has' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'been' apabila dikombinasi dengan ('non-verb') sesuai bererti jadi, menjadi.
Kombinasi 'has' ... + 'past participle' dan 'have' ... + 'past participle' menunjukkan masa 'present perfect tense' (tempoh masa dulu hingga sekarang) bagi 'verb'.
Kombinasi 'has' ... + 'been' dan 'have' ... + 'been' menunjukkan masa 'present perfect tense' bagi 'non-verb'.
Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada tempoh masa 'present perfect tense' (tempoh masa dulu hingga sekarang).
Struktur ini adalah bentuk soalan bagi masa 'present perfect tense'.
'Past participle' digunakan bagi masa 'present perfect tense'.
Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah digunakan untuk memadankan dengan masa 'present perfect tense'.
Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah sering disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian.
1. Struktur : 'Why' + 'has' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bererti mengapa sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Ia digunakan jika hal yang ditanya itu ujud atau disangka ujud dari satu masa yang lepas hingga sekarang atau baru saja berakhir).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Stop | Why has the phone stopped working ? | Mengapa telefon itu (sudah) berhenti berfungsi ? |
| Slow | Why has global warming apparently slowed to a standstill ? | Mengapa pemanasan global nampaknya makin perlahan hingga seakan-akan berhenti ? |
| Increase | Why has unemployment increased ? | Mengapa pengangguran (selama ini) meningkat ? |
| Trust | Why has Siti trusted him ? | Mengapa Siti (selama ini) percayakan dia ? |
| Stop | Why has my hen stopped laying ? | Mengapa ibu ayam saya berhenti bertelur ? |
| Target | Why has the Police targeted him ? | Mengapa pihak Polis (sudah) mensasarkan dia ? |
| Monitor | Why has the Police monitored him ? | Mengapa pihak Polis (sudah) memerhatikan dia ? |
| Blame | Why has he blamed him ? | Mengapa dia (sudah) mempersalahkan dia ? |
| Persecute | Why has the court persecuted him ? | Mengapa pihak mahkamah (sudah) menghukum dia ? |
| Ignore | Why has she ignored him ? | Mengapa dia (sudah) tidak memperdulikan dia ? |
2. Struktur : 'Why' + 'have' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini bererti mengapa sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'Plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Ia digunakan jika hal yang ditanya itu ujud atau disangka ujud dari satu masa yang lepas hingga sekarang atau baru saja berakhir).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Trust | Why have you trusted him ? | Mengapa awak (sudah) percayakan dia ? |
| Become | Why have Americans become more obese ? | Mengapa orang-orang Amerika (sudah) menjadi makin gemuk ? |
| Stop | Why have my hens stopped laying ? | Mengapa ibu-ibu ayam saya (sudah) berhenti bertelur ? |
| Trust | Why have they trusted him ? | Mengapa mereka (sudah) percayakan dia ? |
| Stop | Why have my hens stopped laying ? | Mengapa ibu-ibu ayam saya (sudah) berhenti bertelur ? |
3. Struktur : 'Why' + 'has' + (objek) + 'been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa sekarang) - mengikut perkataan 'has been'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-physical verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Blue | Why has the sky been blue ? | Mengapa langit (selama ini) berwarna biru ? |
| Dominant | Why has English been the dominant world language ? | Mengapa bahasa Inggeris (selama ini) bahasa yang dominan di dunia ? |
| Important | Why has English been important ? | Mengapa bahasa Inggeris (selama ini) mustahak ? |
| Good | Why has Sweden been so good at English ? | Mengapa Sweden (selama ini) sangat bagus dalam bahasa Inggeris ? |
4. Struktur : 'Why' + 'have' + (objek) + 'been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'been' diikuti dengan perkatasn ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those, plural' - mengikut perkataan 'have been'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada tempoh masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Sad | Why have you been sad ? | Kenapa awak (selama ini) kelihatan sedih ? |
| Yellow | Why have school buses been yellow ? | Mengapa bas-bas sekolah (selama ini) berwarna kuning ? |
| Here | Why have you been here ? | Kenapa awak (selama ini) berada di sini ? |
| Interest | Why have you been interested ? | Kenapa awak (selama ini) berminat ? |
| Anxious | Why have you been anxious ? | Kenapa awak (selama ini) kelihatan risau ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Why has | Why + has + (objek) + (past participle) | Singular | Present Perfect tense | Soalan |
| Why have | Why + have + (objek) + (past participle) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Soalan |
| Why has | Why + has + (objek) + been + (non-verb) | Singular | Present Perfect tense | Soalan |
| Why have | Why + have + (objek) + been + (non-verb) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb