Bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)' (sekarang) atau 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sedang di(pasif)' atau 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada masa sekarang (hal itu dinyatakan dalam bentuk pasif).
Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 3 struktur yang harus digunakan untuk bertanya mengapa (objek) sedang di(pasif) (sekarang) atau 'kenapa (objek) sedang di(pasif)' (sekarang) :
1. 'Why' + 'am' + (objek) + 'being' + ('past participle').
2. 'Why' + 'is' + (objek) + 'being' + ('past participle').
3. 'Why' + 'are' + (objek) + 'being' + ('past participle').
Struktur ini adalah bentuk soalan untuk sistem masa 'present continuous tense'.
Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Dalam struktur diatas, perkataan 'being' apabila dikombinasikan dengan ('past participle') boleh bererti sedang di.
Kombinasi 'being' + ('past participle') menunjukkan masa 'continuous tense' bentuk pasif.
Kombinasi 'being' + ('past participle') boleh bererti 'sedang di(pasif)'.
Bagi mewujudkan bentuk pasif, gunakan 'past participle' (bukan 'past tense', walaupun bagi sesetengah 'verb', ejaan bagi 'past tense' dan 'past participle' adalah sama).
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'Why' + 'am' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja - mengikut perkataan 'am'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang dimana hal berkenaan sedang berlaku) - mengikut perkataan 'am being'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb').
| English | Melayu |
| Why am I being monitored ? | Mengapa saya (sedang) diperhatikan ? |
| Why am I being followed ? | Mengapa saya (sedang) diikuti ? |
| Why am I being checked ? | Kenapa saya (sedang) diperiksa ? |
| Why am I being studied ? | Kenapa saya (sedang) dikaji ? |
| Why am I being treated like this ? | Kenapa saya (sedang) dilayan seperti ini ? |
| Why am I being targeted ? | Mengapa saya (sedang) dijadikan sasaran ? |
| Why am I being blamed ? | Mengapa saya (sedang) dipersalahkan ? |
| Why am I being persecuted ? | Mengapa saya (sedang) dihukum ? |
| Why am I being ignored ? | Mengapa saya (sedang) tidak dipedulikan ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'am I' bukan 'I am'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'am I', dalam bentuk aktif gunakan 'I am'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan (sedang) sering disenyapkan walaupun bermaksud begitu.
2. Struktur : 'Why' + 'is' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'Singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa ia sedang berlaku sekarang) - mengikut perkataan 'is being'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Why is the car being repaired ? | Mengapa kereta itu (sedang) dibaiki ? |
| Why is it being done like that ? | Mengapa ia (sedang) dibuat seperti itu ? |
| Why is she being told like that ? | Mengapa dia (sedang) diberitahu seperti itu ? |
| Why is he being bullied ? | Mengapa dia (sedang) dibuli ? |
| Why is the fish being cooked ? | Mengapa ikan itu (sedang) dimasak ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'is (objek)' bukan '(objek) is'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'is (objek)', dalam bentuk aktif gunakan '(objek) is'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan (sedang) sering disenyapkan walaupun bermaksud begitu.
3. Struktur : 'Why' + 'are' + (objek) + 'being' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those, Plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Why are you being asked to sit outside ? | Kenapa awak (sedang) disuruh duduk di luar ? |
| Why are you being tested again ? | Mengapa awak (sedang) diuji lagi ? |
| Why are we being laughed at ? | Kenapa kita (sedang) ditertawakan ? |
| Why are the items being burnt ? | Kenapa barang-barang itu (sedang) dibakar ? |
| Why are the items being broken ? | Kenapa barang-barang itu dipatah-patahkan ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'are (objek)' bukan '(objek) are'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'are (objek)', dalam bentuk aktif gunakan '(objek) are'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan (sedang) sering disenyapkan walaupun bermaksud begitu.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Why am | Why + am + (objek) + being + (past participle) | I | Present Continuous tense | Soalan |
| Why is | Why + is + (objek) + being + (past participle) | Singular | Present Continuous tense | Soalan |
| Why are | Why + are + (objek) + being + (past participle) | You, Plural | Present Continuous tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb