Bertanya 'mengapa (objek) sedang' (dulu) sama dengan bertanya 'kenapa (objek) sedang' (dulu).
Bertanya 'mengapa (objek) sedang' (dulu) atau 'kenapa (objek) sedang' (dulu) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sedang' atau 'kenapa (objek) sedang)' dimana hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur untuk bertanya mengapa (objek) sedang (dulu) atau kenapa (objek) sedang (dulu) :
1. 'Why' + 'was' + (objek) + ('present participle').
2. 'Why' + 'were' + (objek) + ('present participle').
Perkataan 'was' digunakan jika objek ' I '.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'was' dan 'were' menunjukkan masa 'Past tense' (dahulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika 2 perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal ujud dalam masa 'past tense'.
Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'present participle' tertentu menunjukkan sesuatu hal sedang berlaku.
Kombinasi 'was' + ... + ('present participle') dan 'were' + ... + ('present participle') menunjukkan masa 'past continuous tense'.
Struktur di atas adalah bentuk soalan bagi 'past continuous tense'.
1. Struktur : 'Why' + 'was' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku pada satu masa dulu - mengikut kombinasi perkataan 'was ... ('present participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English infinitive | English | Melayu |
| Cry | Why was he crying ? | Mengapa dia (sedang) menangis ? |
| Walk | Why was he walking very slowly ? | Mengapa dia (sedang) berjalan dengan sangat perlahan ? |
| Sing | Why was he singing ? | Mengapa dia (sedang) menyanyi ? |
| Expect | Why was he expecting her arrival ? | Mengapa dia (sedang) menjangka ketibaannya ? |
| Run | Why was he running towards it ? | Mengapa dia (sedang) berlari kearah itu ? |
| Fly | Why was the jet flying so slowly before crash ? | Mengapa jet itu terbang begitu rendah sebelum terhempas ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan (sedang) boleh/biasanya disenyapkan walaupun maksudnya demikian.
2. Struktur : 'Why' + 'were' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those, plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku pada satu masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English infinitive | English | Melayu |
| Laugh | Why were they laughing ? | Kenapa mereka (sedang) ketawa ? |
| Burn | Why were they burning ? | Mengapa mereka (sedang) membakar ? |
| Fly | Why were the birds flying away ? | Kenapa burung-burung itu (sedang) terbang pergi ? |
| Play | Why were they playing with it ? | Kenapa mereka (sedang) bermain dengan benda itu ? |
| Whistle | Why were they whistling ? | Kenapa mereka (sedang) bersiul ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan (sedang) boleh/biasanya disenyapkan walaupun maksudnya demikian.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Why was | Why + was + (objek) + (present participle) | I, Singular | Past Continuous tense | Soalan |
| Why were | Why + were + (objek) + (present participle) | You, Plural | Past Continuous tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb