Bertanya 'mengapa (objek) sedang' (sekarang) dan 'kenapa (objek) sedang' (sekarang) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) sedang' atau 'kenapa (objek) sedang' dimana hal yang ditanya itu dianggap sedang berlaku pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 3 struktur untuk bertanya mengapa (objek) sedang (sekarang) atau kenapa (objek) sedang (sekarang), iaitu :
1. 'Why' + 'am' + (objek) + ('present participle').
2. 'Why' + 'is' + (objek) + ('present participle').
3. 'Why' + 'are' + (objek) + ('present participle').
Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Kombinasi 'am' + ('present 'participle'), 'is' + '('present 'participle') dan 'are' + ('present 'participle') menunjukkan masa 'Present continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Struktur diatas adalah bentuk soalan bagi masa 'Present continuous tense'.
Walaupun masa atau tarikh tidak dinyatakan, tetapi apabila kombinasi perkataan 'am' + ('present participle'), 'is' + ('present participle'),'are' + ('present participle') digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa sekarang.
Perkataan 'present participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' (perkataan perbuatan).
1. Struktur : 'Why' + 'am' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja - mengikut perkataan 'am'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa hal sedang berlaku sekarang) - mengikut perkataan 'am'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb').
| English infinitive (verb) | English | Melayu |
| Feel | Why am I feeling so tired ? | Mengapa saya (sedang) terasa sangat penat ? |
| Yawn | Why am I yawning ? | Mengapa saya (sedang) menguap ? |
| Laugh | Why am I laughing ? | Kenapa saya (sedang) ketawa ? |
| Speak | Why am I speaking English ? | Kenapa saya (sedang) bercakap Inggeris ? |
| Sit | Why am I sitting here ? | Kenapa saya (sedang) duduk di sini ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'am I' bukan 'I am'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'am I', manakala dalam bentuk aktif gunakan 'I am'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' boleh/sering disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian.
2. Struktur : 'Why' + 'is' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'Singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang) - mengikut perkataan 'is'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English Infinitive | English | Melayu |
| Cry | Why is she crying ? | Mengapa dia (sedang) menangis ? |
| Cry | Why is Mary crying ? | Mengapa Mary (sedang) menangis ? |
| Dominate | Why is English dominating the world language ? | Mengapa bahasa Inggeris (sedang) merajai bahasa di dunia ? |
| Hide | Why is he hiding ? | Mengapa dia (sedang) bersembunyi ? |
| Begin | Why is it beginning to fall ? | Mengapa ia (sedang) mula jatuh ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'is she' bukan 'she is'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'is (objek)', manakala dalam bentuk aktif gunakan '(objek) is'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian.
3. Struktur : 'Why' + 'are' + (objek) + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those, plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang dimana hal yang ditanya sedang berlaku) - mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English infinitive | English | Melayu |
| Laugh | Why are you laughing ? | Kenapa awak (sedang) ketawa ? |
| Board | Why are they boarding the bus ? | Mengapa mereka menaiki bas itu ? |
| Listen | Why are we listening to this kind of talk ? | Kenapa kita (sedang) mendengar ucapan seperti ini ? |
| Sit | Why are you sitting here ? | Kenapa awak (sedang) duduk di sini ? |
| Mumble | Why are you mumbling ? | Kenapa awak (sedang) membebel ? |
| Drop | Why are my english grades dropping ? | Mengapalah keputusan-keputusan bahasa Inggeris saya merosot ? |
| Study | Why are you studying English ? | Mengapa awak belajar Inggeris ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'are they' bukan 'they are'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'are (objek)', manakala dalam bentuk aktif gunakan '(objek) are'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' sering disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian.
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Why am | Why + am + (objek) + (present participle) | I | Present Continuous tense | Soalan |
| Why is | Why + is + (objek) + (present participle) | Singular | Present Continuous tense | Soalan |
| Why are | Why + are + (objek) + (present participle) | You, Plural | Present Continuous tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb