Friday, March 13, 2020

190. Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)', 'kenapa (objek) di(pasif)', (dulu)

Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' (dulu) sama dengan bertanya 'kenapa (objek) di(pasif)'.

Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' atau 'kenapa (objek) di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' atau 'kenapa (objek) di(pasif)', dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa yang telah lepas.

Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.

Terdapat 2 struktur untuk bertanya 'mengapa (objek) di(pasif) (dulu) atau kenapa (objek) di(pasif)' (dulu) :

1. 'Why' + 'was' + (objek) + ('past participle').
2. 'Why' + 'were' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'was', 'were' menunjukkan masa 'past tense' (dahulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'was', 'were' digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada masa lepas '(past tense)'.

Kombinasi perkataan-perkataan 'was' + ... + ('past participle') dan 'were' + ... + ('past participle') digunakan bagi 'verb'. Keduanya bermaksud telah di(pasif).

Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.



1. Struktur : 'Why' + 'was' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa lepas - mengikut perkataan 'was').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English infinitiveEnglishMelayu
DisqualifyWhy was he disqualified ?Mengapa dia (telah) digugurkan kelayakannya ?
DeleteWhy was the page I created in Wikipedia deleted ?Mengapa mukasurat yang saya bina di Wikipedia (telah) dibuang ?
BuildWhy was the pyramid built ?Mengapa piramid itu (telah) dibina ?
AbolishWhy was slavery finally abolished ?Mengapa perhambaan akhirnya (telah) ditamatkan ?
BlockWhy was my account blocked ?Mengapa akaun saya dihadang ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'was he' bukan 'he was'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'was he', manakala dalam bentuk aktif gunakan 'he was'.

2. Struktur : 'Why' + 'were' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa lepas - mengikut perkataan 'were').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English infinitiveEnglishMelayu
DisqualifyWhy were we disqualified ?Mengapa kita (telah) digugurkan kelayakannya ?
DeleteWhy were the pages I created in Wikipedia deleted ?Mengapa mukasurat-mukasurat yang saya bina di Wikipedia (telah) dibuang ?
BuildWhy were pyramids built ?Mengapa piramid-piramid (telah) dibina ?
AbolishWhy were slaveries finally abolished ?Mengapa perhambaan-perhambaan akhirnya (telah) ditamatkan ?
BlockWhy were my accounts blocked ?Mengapa akaun-akaun saya dihadang ?
FireWhy were you fired ?Mengapa awak dipecat ?
CreateWhy were we created ?Mengapa kita dicipta ?
HoldWhy were the ancient Olympic Games held ?Kenapa sukan olimpik zaman dahulu diadakan ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'were we' bukan 'we were'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'were we', manakala dalam bentuk aktif gunakan 'we were'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Why wasWhy was + (objek) + (past participle)I, SingularPast tenseSoalan
Why wereWhy were + (objek) + (past participle)You, PluralPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...