Saturday, March 14, 2020

189. Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'mengapa (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 3 struktur untuk bertanya mengapa (objek) di(pasif) (sekarang) :

1. 'Why' + 'am' + (objek) + ('past participle').
2. 'Why' + 'is' + (objek) + ('past participle').
3. 'Why' + 'are' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.

Perkataan 'am', 'is', 'are' menunjukkan masa 'Present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan-perkataan ini digunakan, ia menandakan masa sekarang.

Perkataan 'past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan untuk menunjukkan bentuk pasif.



1. Struktur : 'Why' + 'am' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja - mengikut perkataan 'am'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang) - mengikut perkataan 'am'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Why am I monitored ?Mengapa saya diperhatikan ?
Why am I jailed ?Mengapa saya dipenjarakan ?
Why am I shouted at ?Kenapa saya dijeritkan ?
Why am I accused ?Kenapa saya dituduh ?
Why am I prosecuted ?Kenapa saya dihukum ?
Why am I blamed ?Kenapa saya dipersalahkan ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'am I' bukan 'I am'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'am I', manakala dalam bentuk aktif gunakan 'I am'.

2. Struktur : 'Why' + 'is' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'Singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang) - mengikut perkataan 'is'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Why is he monitored ?Mengapa dia diperhatikan ?
Why is he jailed ?Mengapa dia dipenjarakan ?
Why is he shouted at ?Mengapa dia dijeritkan ?
Why is he accused ?Mengapa dia dituduh ?
Why is he prosecuted ?Mengapa dia dihukum ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'is he' bukan 'he is'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'is he', manakala dalam bentuk aktif gunakan 'he is'.

3. Struktur : 'Why' + 'are' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those, plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa sekarang) - mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Why are the keyboard keys arranged the way they are ?Mengapa butang kekunci di kibod disusun sedemikian ?
Why are they assembled ?Kenapa mereka dikumpulkan ?
Why are we asked to gather ?Mengapa kita disuruh berkumpul ?
Why are moths attracted to flame ?Kenapa rama-rama tertarik kepada api ?
Why are the supplies delayed ?Kenapa bekalan-bekalan tertangguh ?
Why are rhinos endangered species ?Kenapa badak sumbu mengalami bahaya kepupusan ?

Catitan :

- Perhatikan struktur terbalik, contohnya 'are they' bukan 'they are'. Dalam bentuk soalan, gunakan 'are they', manakala dalam bentuk aktif gunakan 'they are'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
WhywhySemua - Soalan
Why amWhy + am + (objek) + (non-verb)IPresent tenseSoalan
Why isWhy + is + (objek) + (non-verb)SingularPresent tenseSoalan
Why areWhy + are + (non-verb) + (objek)You, PluralPresent tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...