Sunday, March 15, 2020

188. Bertanya 'mengapa', 'kenapa' (dulu)

Bertanya 'mengapa', 'kenapa' (dulu)

Bertanya 'mengapa' atau 'kenapa' (dulu) bermaksud bertanya 'mengapa' atau 'kenapa' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.

Terdapat pelbagai struktur untuk bertanya mengapa atau kenapa bergantung kepada sistem masa dan objek, bagi masa dulu.

1. 'Why' + 'was' + (objek) + ('non-verb').
2. 'Why' + 'was' + (objek) + ('gerund').
3. 'Why' + 'were' + (objek) + ('non-verb').
4. 'Why' + 'were' + (objek) + ('gerund').
5. 'Why' + 'did' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek (iaitu 'I, you, singular, plural').

Perkataan 'was', 'were', 'did' menunjukkan masa 'past tense'.
Walaupun jika masa atau tarikh tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu ujud atau berlaku pada masa lepas.

Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.

'Gerund' adalah termasuk dalam 'non-verb' juga.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'Why' + 'was' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa lepas - mengikut perkataan 'was').
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Why was he there ?Mengapa dia (dulu) berada di sana ?
Why was he sad ?Mengapa dia (dulu) sedih ?
Why was he happy ?Mengapa dia (dulu) gembira ?
Why was he afraid ?Mengapa dia (dulu) takut ?
Why was he interested ?Mengapa dia (dulu) berminat ?
Why was the jet flying so slowly before crash ?Mengapa jet itu (dulu) terbang begitu rendah sebelum terhempas ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' boleh/sering disenyapkan (bagi menggantikan perkataan 'dulu').

2. Struktur : 'Why' + 'was' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu berlaku pada masa lepas - mengikut perkataan 'was').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
FlyWhy was the jet flying so slowly before crash ?Mengapa jet itu (telah) terbang begitu rendah sebelum terhempas ?
DeclineWhy was the exchange rate declining ?Mengapa kadar pertukaran (dulu) menurun ?
CallWhy was he calling her ?Mengapa dia (dulu) menelefon dia ?
CelebrateWhy was she celebrating ?Mengapa dia (dulu) membuat sambutan ?
MissWhy was he missing ?Mengapa dia (dulu) menghilangkan diri ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' atau 'dulu' boleh/sering disenyapkan.

3. Struktur : 'Why' + 'were' + (objek) + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas - mengikut perkataan 'were').
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Why were dinosours so big ?Mengapakah dinasor (dulu) sangat besar ?
Why were you outside yesterday ?Mengapa awak berada di luar semalam ?
Why were you happy ?Mengapakah awak (dulu) gembira ?
Why were we tall ?Mengapakah kita (dulu) tinggi ?
Why were they so different ?Mengapakah mereka (dulu) sangat berbeza ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' atau 'dulu' sering/boleh disenyapkan.

4. Struktur : 'Why' + 'were' + (objek) + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - hal yang ditanya itu berlaku pada masa lepas - mengikut perkataan 'were').
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

English infinitiveEnglishMelayu
FlyWhy were the jets flying so slowly before crash ?Mengapa jet-jet itu (telah) terbang begitu rendah sebelum terhempas ?
DeclineWhy were the exchange rates declining ?Mengapa kadar-kadar pertukaran (dulu) menurun ?
CallWhy were they calling her ?Mengapa mereka (dulu) menelefon dia ?
CelebrateWhy were they celebrating ?Mengapa mereka (dulu) membuat sambutan ?
MissWhy were they missing ?Mengapa mereka (dulu) hilang ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' atau 'dulu' boleh/sering disenyapkan.

5. Struktur : 'Why' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'why' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas - mengikut perkataan 'were').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
PlayWhy did they play so badly yesterday ?Mengapa mereka bermain dengan sangat teruk semalam ?
DropWhy did they drop the charge ?Mengapa mereka (dulu) menarik balik tuduhan itu ?
HideWhy did they hide ?Mengapa mereka (dulu) bersembunyi ?
CryWhy did they cry ?Mengapa mereka (dulu) menangis ?
DoWhy did they do the demonstration ?Mengapa mereka (dulu) membuat demonstrasi itu ?
EnterWhy did the American enter World War 1 ?Mengapa Amerika telah memasuki Perang Dunia Pertama ?
BuildWhy did Egyptians build the pyramids ?Mengapa orang Mesir (dulu) membina piramid ?
DoWhy did they do it ?Mengapa mereka (dulu) buat hal itu ?
DieWhy did he die ?Mengapa dia (dulu) mati ?
CrossWhy did the chicken cross the road ?Mengapa ayam-ayam itu (dulu) menyeberang jalan ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Why wasWhy was + (objek) + (non-verb)I, SingularPast tenseSoalan
Why wasWhy was + (objek) + (present participle)I, SingularPast Continuous tenseSoalan
Why wereWhy were + (objek) + (non-verb)You, PluralPast tenseSoalan
Why didWhy did + (objek) + (verb)SemuaPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...