Bertanya 'berapa banyak' ('how many')' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa banyak' dimana hal yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
'How many' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi benda-benda yang boleh dibilang ('countable'), contohnya 'boys' (budak-budak lelaki), 'bottles' (botol-botol), 'cars' (kereta-kereta), dsb.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang digunakan untuk bertanya 'berapa banyak' ('how many') (sekarang).
1. 'How many' + 'is' + ('non-verb').
2. 'How many' + 'are' + ('non-verb').
3. 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb').
4. 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb').
5. 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb').
6. 'How many' + (objek) + 'have' + (objek).
7. 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle').
8. 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle').
Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia. 'Berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia. Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan berapa ramai juga menggunakan 'how many'. Contohnya, 'how many students' (berapa ramai pelajar).
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
2. Struktur : 'How many' + 'is' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'is' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular' (mengikut perkataan 'is').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'is).
3. 'Countable' (objek yang ditanya boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many is a billion ? | Berapa banyakkah satu bilion ? |
| How many is too many ? | Berapa banyakkah terlalu banyak itu ? |
| How many is enough ? | Berapa banyak yang cukup ? |
| How many is five ? | Berapa banyakkah lima itu ? |
| How many is the difference ? | Berapa banyak perbezaannya ? |
| How many is that ? | Berapa banyakkah itu ? |
| How many is up to you | Berapa banyak itu terpulang pada anda |
3. Struktur : 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' (mengikut perkataan 'are').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many cows are there ? | Berapakah banyakkah lembu yang ada disana ? |
| How many cats are left ? | Berapa banyak kucing yang tinggal ? |
| How many goats are female ? | Berapa banyak kambing adalah betina ? |
| How many timber are needed ? | Berapa banyak balak yang diperlukan ? |
| How many cars are involved ? | Berapa banyak kereta yang terlibat ? |
| How many fruits are okay ? | Berapa banyak buah-buahan yang okay ? |
| How many meters are in a kilometer ? | Berapa meter dalam satu kilometer ? |
| How many chickens are there ? | Berapa banyakkah ayam yang ada disana ? |
| How many downloads this application has had in Android store ? | Berapa banyak muat turun bagi applikasi ini di pasar Android ? |
| How many charge cycles has your battery had ? | Berapa kali putaran caj telah dilakukan pada bateri awak ? |
4. Struktur : 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'does' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan kelaziman pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'does'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many does someone have to kill to become a serial killer ? | Berapa ramaikah seseorang mesti membunuh untuk dianggap sebagai pembunuh bersiri ? |
| How many does she want ? | Berapa banyak yang dia mahu ? |
| How many does she need ? | Berapa banyak yang dia perlukan ? |
| How many does several mean ? | Berapa banyakkah 'beberapa' itu bermakna ? |
| How many does a 10 inch pizza serve ? | Berapa banyak pizza saiz 10 inci dapat dikongsi ? |
5. Struktur : 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'do' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, plural' (mengikut perkataan 'do').
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan kelaziman pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'do'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many do you see ? | Berapa banyak yang awak nampak ? |
| How many do you need ? | Berapa banyak yang awak perlukan ? |
| How many do you want ? | Berapa banyak yang awak mahu ? |
| How many do you think ? | Berapa banyak yang awak fikir ? |
| How many do you smoke a day ? | Berapa banyak awak merokok dalam sehari ? |
6. Struktur : 'How many' + (objek1) + 'have' + (objek2)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek1) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan (objek2) tertentu.
Frasa 'how many' (objek1) 'have' bermakna berapa banyak (objek1) mempunyai.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, plural'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'have'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many animals have trunk ? | Berapa banyak binatang yang mempunyai belalai ? |
| How many trees have big root ? | Berapa banyak pokok yang mempunyai akar besar ? |
| How many cars have back seat ? | Berapa banyak kereta yang mempunyai tempat duduk belskang ? |
| How many bicycles have back-lamps ? | Berapa banyak basikal yang mempunyai lampu belakang ? |
| How many lorries have big lamp ? | Berapa banyak lori yang mempunyai lampu besar ? |
7. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + have + (past participle)' bermakna berapa banyakkah (objek) (yang) sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut perkataan 'have'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many goods have been sold ? | Berapa banyak barang sudah terjual ? |
| How many schools have you visited ? | Berapa banyak sekolah yang awak sudah lawati ? |
| How many fields have gone ? | Berapa banyak padang sudah tiada ? |
| How many cars have you repair ? | Berapa banyak kereta yang awak sudah baiki ? |
| How many teams have presented ? | Berapa banyak pasukan yang sudah membuat persembahan ? |
8. Struktur : 'How many' + (objek1) + 'have' + (objek2) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many diikuti (objek1) diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan (objek2) diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + have + (past participe)' bermakna berapa banyak (objek) sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut perkataan 'have'.
3. 'Countable' (objek boleh dibilang).
| English | Melayu |
| How many homes have you visited ? | Berapa banyakkah rumah yang sudah awak lawati ? |
| How many schools have you visited ? | Berapa banyak sekolah yang sudah awak lawati ? |
| How many teams have you coached ? | Berapa banyak pasukan yang sudah awak latih ? |
| How many dogs have you caught ? | Berapa banyak anjing yang sudah awak tangkap ? |
| How many cats have you surveyed ? | Berapa banyak kucing yang sudah awak kaji ? |
Komen
- Pada fikiran saya, penggunaan 'countable' dan 'uncountable' adalah 'redundant' .
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | How many | - | Countable | - | Soalan |
| 2 | How many | 'How many' + 'is' + ('non-verb') | Singular + Countable | Present tense | Soalan |
| 3 | How many | 'How many' + (objek) + 'are' + ('non-verb') | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 4 | How many | 'How many' + 'does' + (objek) + ('verb') | Singular + Countable | Present tense | Soalan |
| 5 | How many | 'How many' + 'do' + (objek) + ('verb') | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 6 | How many | 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) | Plural + Countable | Present tense | Soalan |
| 7 | How many | 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle') | Soalan | ||
| 8 | How many | 'How many' + (objek) + 'have' + (objek) + ('past participle') | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb