Bertanya 'bagaimana (objek)' (dulu) bermaksud bertanya bagaimana (objek)' dimana hal yang ditanya itu berlaku pada masa dulu.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya bagaimana (objek) (dulu) ialah 'how' + 'did' + (objek).
Berikut ialah struktur yang menggunakan 'how' + 'did' + (objek) :
1. 'How' + 'did' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
Struktur 'how' + 'did' + (objek) + ('verb')' bererti 'verb' berlaku dahulu ('past tense').
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
1. 'How' + 'did' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how did' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
'How did (objek)' bermakna bagaimana (objek).
| English | Melayu |
| How did you do that ? | Bagaimana awak melakukannya ? |
| How did he do that ? | Bagaimana dia melakukannya ? |
| How did they play ? | Bagaimana mereka bermain ? |
| How did he play ? | Bagaimana dia bermain ? |
| How did the teachers teach ? | Bagaimana guru-guru itu mengajar ? |
| How did the teacher teach ? | Bagaimana guru itu mengajar ? |
| How did he live in the North Pole? | Bagaimana dia hidup di kutub utara ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb