Thursday, June 11, 2020

18. Bertanya 'apa akan di(buat)' (dulu)

Bertanya 'apa akan di(buat)' (dulu)

Bertanya 'apa akan di(buat)' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa akan di(buat)' dimana hal yang ditanya itu dijangka akan ujud pada masa depan bagi masa dulu ('future tense for the past').

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') ujudnya hal yang ditanya itu supaya 'tense' yang sesuai dapat digunakan.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa akan atau apakah akan (masa depan bagi masa dulu) ialah 'what would'.

Berikut ialah perkataan dimana 'what would' digunakan :

'What would'

Struktur dimana 'what would be' digunakan ialah :

1. 'What' + 'would' + 'be' + ('past participle').


Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'would' menunjukkan masa 'future tense - for the past' (masa depan bagi masa dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'would' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.

Perkataan 'be' dalam kombinasi 'be' + ('past participle') bererti di.

Perkataan 'past participle' dibina dari 'verb'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.



1. Struktur : 'What' + 'would' + 'be' + ('past participle')

Struktur ini bermaksud begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'would' diikuti perkataan 'be' diikuti ('past participle') tertentu.

'What would' bermakna apa yang akan (bagi masa lepas).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (masa depan bagi masa dulu - hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan dari masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)English (past participle)EnglishMelayu
ReviewReviuReviewedWhat would be reviewed ?Apa yang akan direviu ?
TouchSentuhTouchedWhat would be touched in his speech ?Apa yang akan disentuh dalam ucapannya ?
TeachAjarTaughtWhat would be taught ?Apa yang akan diajar ?
DoBuatDoneWhat would be done ?Apa yang akan dibuat ?
EatMakanEatenWhat would be eaten ?Apa yang akan dimakan ?
Throw awayBuangThrown awayWhat would be thrown away ?Apa yang akan dibuang ?
ChangeTukarChangedWhat would be changed ?Apa yang akan ditukar ?
BurnBakarBurnedWhat would be burned ?Apa yang akan dibakar ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' biasa/boleh disenyapkan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...