Bertanya >'bagaimana (objek) harus' (sekarang) bermaksud bertanya 'bagaimana (objek) harus' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada tempoh masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagaimana (objek) harus (sekarang) ialah 'how shall (objek)'.
Berikut ialah struktur yang menggunakan bagaimana (objek) harus :
1. 'How' + 'shall' + (objek).
Perkataan 'shall' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'shall' menunjukkan masa 'present tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi jika perkataan 'shall' digunakan, ini bererti masa bagi hal yang ditanya ialah 'present tense' (sekarang).
Untuk menunjukkan masa 'past tense', gunakan perkataan 'should'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
1. 'How' + 'shall' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how shall' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
'How shall' bermakna bagaimana seharusnya atau bagaimana sepatutnya.
| English verb | English | Melayu |
| Ask | How shall we ask a complete stranger ? | Bagaimana seharusnya kita bertanya kepada orang yang langsung kita tidak kenal ? |
| Abbreviate | How shall I abbreviate "versus" ? | Bagaimana harus saya pendekkan ejaan "versus" ? |
| Deal | How shall we deal with that ? | Bagaimana seharusnya kita menangani hal itu ? |
| Start | How shall I start my sentences ? | Bagaimana sepatutnya saya mulakan ayat-ayat saya ? |
| Address | How shall I address you ? | Bagaimana sepatutnya saya memanggil anda ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb