Bertanya 'apa yang boleh' (sekarang) bermaksud bertanya apa yang boleh dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang'.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan untuk bertanya apa yang boleh (sekarang) ialah 'what can'.
Berikut ialah 2 struktur dalam bahasa Inggeris dimana frasa 'what can' digunakan :
1. 'What' + 'can' + ('verb').
2. 'What' + 'can' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'can' boleh digunakan oleh semua objek.
Perkataan 'can' menunjukkan masa 'present tense (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan 'can' digunakan, ia menunjukkan hal 'present tense'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
1. Struktur : 'What' + 'can' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'can' diikuti ('verb') tertentu.
'What can' bermakna apa yang boleh.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present tense' (Perkataan 'can' digunakan bagi 'present tense'.
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| What can go wrong ? | Apa yang boleh jadi silap ? |
| What can treat facial pores? ? | Apa yang boleh merawat muka berlubang ? |
| What can join two woods ? | Apa yang boleh menyambungkan dua batang kayu ? |
| What can expel mosquitoes ? | Apa yang boleh menghalau nyamuk ? |
| What can cause cough ? | Apa yang boleh menyebabkan batuk ? |
2. Struktur : 'What' + 'can' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'can' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
'What can' bermakna apa yang boleh.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present tense'. Perkataan 'can' (satu 'modal verb') digunakan dalam 'present tense'.
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| What can you do ? | Apa yang boleh awak buat ? |
| What can I eat ? | Apa yang boleh saya makan ? |
| What can we learn from children ? | Apa yang boleh kita belajar dari kanak-kanak ? |
| What can you afford ? | Apa yang awak boleh mampu ? |
| What can I bring ? | Apa yang saya boleh bawa ? |
| What can Google do for your website ? | Apa yang Google boleh buat keatas laman web anda ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb