Wednesday, June 10, 2020

21. Bertanya 'apa yang boleh' (dulu)

Bertanya 'apa yang boleh' (dulu)

Bertanya 'apa yang boleh' (dulu) bermaksud bertanya apa yang boleh dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan untuk bertanya apa yang boleh (dulu) ialah 'what could'.

Berikut ialah 2 struktur dimana frasa 'what could' digunakan :

1. 'What' + 'could' + ('verb').
2. 'What' + 'could' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'could' boleh digunakan oleh semua objek.
Perkataan 'could' menunjukkan masa 'past tense (dulu).

Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan 'could' digunakan, ia menunjukkan hal 'past tense'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



1. Struktur : 'What' + 'could' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'could' diikuti ('verb') tertentu.

'What could' bermakna apa yang boleh. Perkataan 'could' boleh digunakan oleh semua objek.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (Perkataan 'could' menandakan 'past tense').
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What could go wrong ?Apa yang boleh jadi silap ?
What could treat her facial pores? ?Apa yang boleh merawat mukanya yang berlubang ?
What could join the two woods ?Apa yang boleh menyambungkan dua batang kayu itu ?
What could expel mosquitoes ?Apa yang boleh menghalau nyamuk ?
What could cause his cough ?Apa yang boleh menyebabkan dia batuk ?

2. Struktur : 'What' + 'could' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'could' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'What could' bermakna apa yang boleh.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense'. Perkataan 'could' (satu 'modal verb') digunakan dalam 'past tense'.
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What could you do ?Apa yang boleh awak buat ?
What could I eat ?Apa yang boleh saya makan ?
What could we learn from him ?Apa yang boleh kita belajar dari dia ?
What could you afford ?Apa yang awak boleh mampu ?
What could I bring ?Apa yang boleh saya bawa ?
What could Google do for your website ?Apa yang Google boleh buat keatas laman web anda ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...