Bertanya 'berapa banyak yang di(pasif)' ('how much')' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa banyak yang di(pasif)' dimana hal/objek yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan berlaku pada masa sekarang (dinyatakan dalam bentuk pasif).
'How much' juga bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi subjek yang sukar/tidak boleh dibilang ('uncountable'), contohnya air ('water'), angin ('air'), perasaan ('feelings') dsb.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang digunakan dalam bertanya berapa banyak yang di(pasif) ('how much') (sekarang) :
1. 'How much' + 'is' + ('past participle').
2. 'How much' + 'is' + (objek) + ('past participle').
3. 'How much' + (objek) + 'is' + ('past participle').
Perkataan 'is' digunakan bagi objek yang 'uncountable'.
Secara logiknya, tiada pertanyaan 'how much are' bagi objek yang 'uncountable'.
Perkataan 'is' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
1. Struktur : 'How much' + 'is' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'is' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan jika :
1. Objek : Objek yang menjadi sasaran ditanya itu 'uncountable' (tidak boleh atau sukar dibilang).
2. Masa : 'Present tense' - subjek yang ditanya itu ujud pada masa sekarang (Ia mengikut perkataan 'is').
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Achieve | How much is achieved ? | Berapa banyak (yang) dicapai (tercapai) ? |
| Complete | How much is completed ? | Berapa banyak (yang) disiapkan ? |
| Expect | How much is expected ? | Berapa banyak yang dijangka ? |
| Issue | How much is issued ? | Berapa banyak yang dikeluarkan ? |
| Need | How much is needed ? | Berapa banyak yang dikehendaki ? |
| Want | How much is wanted ? | Berapa banyak yang dimahukan ? |
2. Struktur : 'How much' + 'is' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan jika :
1. Objek : 'Uncountable' (tidak boleh atau sukar dibilang).
2. Masa : 'Present tense' - subjek yang ditanya itu ujud pada masa sekarang (Ia mengikut perkataan 'is').
| English (infinitive) | English | Melayu | Subjek |
| Achieve | How much is the target achieved ? | Berapa banyak sasaran telah dicapai (tercapai) ? | |
| Influence | How much is the result influenced by the story ? | Berapa banyakkah keputusannya dipengaruhi oleh cerita tersebut ? |
3. Struktur : 'How much' + (objek) + 'is' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'is' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan jika :
1. Objek : 'Uncountable' (tidak boleh atau sukar dibilang).
2. Masa : 'Present tense' - subjek yang ditanya itu ujud pada masa sekarang (Ia mengikut perkataan 'is').
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Expect | How much money he is expected to make ? | Berapa banyak wang yang dia dijangka buat ? |
| Issue | How much money is issued ? | Berapa banyak wang yang dikeluarkan ? |
| Need | How much sugar is needed ? | Berapa banyak gula yang diperlukan ? |
| Need | How much water is needed ? | Berapa banyak air yang diperlukan ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb