Bertanya 'berapa besar' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa besar' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa besar' ialah 'how big'.
Salah satu struktur bahasa Inggeris berikut boleh digunakan untuk bertanya 'berapa besar' (sekarang) :
How big + am + (objek) + ('non-verb') ...
How big + is + (objek) + ('non-verb') ...
How big + are + (objek) + ('non-verb') ...
How big + has + (objek) + ('past participle') ...
How big + have + (objek) + ('past participle') ...
How big + do + (objek) + ('verb') ...
How big + does + (objek) + ('verb') ...
How big + shall + (objek) + ('verb') ...
How big + will + (objek) + ('verb') ...
How big + can + (objek) + ('verb') ...
Contoh :
| English | Melayu |
|---|---|
| How big am I ? | Berapa besarkah saya ? |
| How big is your house ? | Berapa besarkah rumah awak ? |
| How big are their houses ? | Berapa besarkah rumah mereka ? |
| How big has he blown ? | Berapa besarkah dia sudah tiup ? |
| How big have we grown ? | Berapa besarkah kita sudah tumbuh ? |
| How big do they make ? | Berapa besarkah mereka buat ? |
| How big does she make ? | Berapa besarkah dia buat ? |
| How big will she make ? | Berapa besarkah dia akan buat ? |
| How big should she make ? | Berapa besarkah dia sepatutnya buat ? |
| How big can she make ? | Berapa besarkah dia boleh buat ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- 'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Perkataan Inggeris 'am' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek ' I ' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Perkataan Inggeris 'is' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Perkataan Inggeris 'are' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Kombinasi 'has' + (objek) + ('past participle') bermakna 'sudah' bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present perfect tense' dan 'verb'.
- Kombinasi 'have' + (objek) + ('past participle') bermakna 'sudah' bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present perfect tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'does' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'do' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'shall' bermakna seharusnya bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'will' bermakna akan bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'can' bermakna boleh bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb