Saturday, January 18, 2020

240. Bertanya 'berapa besar' (dulu)

Bertanya 'berapa besar' (dulu)

Bertanya 'berapa besar' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa besar' dimana hal yang ditanya itu ('besar') ujud pada masa yang lepas.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa besar' ialah 'how big'.

Bertanya 'berapa besar' (dulu) dalam bahasa Inggeris boleh dilakukan menggunakan salah satu dari struktur-struktur berikut :

How big + was + (objek) + ('non-verb') ...
How big + were + (objek) + ('non-verb') ...
How big + had + (objek) + ('past participle') ...
How big + did + (objek) + ('verb') ...
How big + should + (objek) + ('verb') ...
How big + could + (objek) + ('verb') ...
How big + would + (objek) + ('verb') ...

Contoh :

EnglishMelayu
How big was his house ?Berapa besarkah rumahnya ?
How big were their houses ?Berapa besarkah rumah-rumah mereka ?
How big had we become ?Berapa besarkah kita sudah jadi ?
How big had he become ?Berapa besarkah dia sudah jadi ?
How big did they make ?Berapa besarkah mereka buat ?
How big did he make ?Berapa besarkah dia buat ?
How big should she make ?Berapa besar dia sepatutnya buat ?
How big should we make ?Berapa besar kita sepatutnya buat ?
How big could she make ?Berapa besar dia boleh buat ?
How big could they make ?Berapa besar mereka boleh buat ?
How big would she make ?Berapa besar dia akan buat ?
How big would we make ?Berapa besar kita akan buat ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).

- Dalam sesetengah kamus, 'past participle' biasanya ditanda dengan 'pp'.
- Perkataan 'was' sesuai bermakna ialah/adalah/merupakan.
- Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
- Perkataan 'was' menunjukkan masa 'past tense'.
- Perkataan 'was' digunakan bagi 'non-verb'.
- Perkataan 'were' sesuai bermakna ialah/adalah/merupakan.
- Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
- Perkataan 'were' menunjukkan masa 'past tense'.
- Perkataan 'were' digunakan bagi 'non-verb'.

- Perkataan 'had' dalam kombinasi 'had' + ... + ('past participle') sesuai bermakna 'sudah'.
- Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
- Kombinasi 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.
- Perkataan 'Past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

- Perkataan 'did' sesuai bermakna telah buat.
- Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
- Perkataan 'did' menunjukkan masa 'past tense'.
- Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.

- Perkataan 'should' bermakna sepatutnya, digunakan bagi semua objek, menunjukkan masa 'past tense' dan digunakan bagi 'verb'.
- Perkataan 'could' bermakna boleh digunakan bagi semua objek, menunjukkan masa 'past tense' dan digunakan bagi 'verb'.
- Perkataan 'would' bermakna akan digunakan bagi semua objek, menunjukkan masa 'past tense' dan digunakan bagi 'verb'.


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...