Bertanya 'berapa kecil' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa kecil' dimana hal yang ditanya itu (kecil) ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, pertanyaan 'berapa kecil' ialah 'how small'.
Dalam bahasa Inggeris, salah satu struktur berikut boleh digunakan dalam bertanya berapa kecil (dulu) :
How small + was + (objek) + ('non-verb') ...
How small + were + (objek) + ('non-verb') ...
How small + had + (objek) + ('past participle') ...
How small + did + (objek) + ('verb') ...
How small + should + (objek) + ('verb') ...
How small + would + (objek) + ('verb') ...
How small + could + (objek) + ('verb') ...
- Perkataan 'was','were' bermakna ialah/adalah/merupakan.
- Perkataan 'did' bermaksud telah.
- Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
- Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
. - Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
- Perkataan 'was','were', 'did' menandakan masa 'past tense'.
- Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
- Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- 'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Dalam sesetengah kamus, 'past participle' biasanya ditanda dengan 'pp'.
- Perkataan 'had' dalam kombinasi 'had' + ... + ('past participle') bermakna 'sudah'.
- Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
- Kombinasi 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan dan masa 'past perfect tense'.
- Kombinasi 'had' + ... + ('past participle') digunakan bagi 'verb'.
- Perkataan 'should' bermakna sepatutnya.
- Perkataan 'should' digunakan bagi semua objek.
- Perkataan 'should' menunjukkan masa 'past tense'.
- Perkataan 'should' digunakan bagi 'verb'.
- Perkataan 'could' bermakna boleh.
- Perkataan 'could' digunakan bagi semua objek.
- Perkataan 'could' menunjukkan masa 'past tense'.
- Perkataan 'could' digunakan bagi 'verb'.
- Perkataan 'would' bermakna akan.
- Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
- Perkataan 'would' menunjukkan masa 'past tense'.
- Perkataan 'would' digunakan bagi 'verb'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan 'was', 'were', 'did', 'had', 'should', ;could', 'would' digunakan, ia menunjukkan hal 'past tense'.
' Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika kombinasi perkataan 'had' + .... + ('past participle') digunakan, ia menunjukkan hal 'past perfect tense'.
'
Contoh :
| English | Melayu |
|---|---|
| How small was his room ? | Berapa kecilkah biliknya ? |
| How small were their houses ? | Berapa kecilkah rumah-rumah mereka ? |
| How small had we become ? | Berapa kecilkah kita sudah jadi ? |
| How small did you make ? | Berapa kecilkah awak buat ? |
| How small should I make ? | Berapa kecilkah saya seharusnya buat ? |
| How small could you make ? | Berapa kecilkah awak boleh buat ? |
| How small would you make ? | Berapa kecilkah awak akan buat ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb