Bertanya 'berapa banyak telah di(pasif)' ('how many') (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa banyak telah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
'How many' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi benda-benda yang boleh dibilang ('countable'), contohnya : budak-budak ('boys') , botol-botol ('bottles'), kereta-kereta ('cars'), dsb.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang boleh digunakan dalam bertanya 'berapa banyak telah di(pasif)' (sekarang).
1. 'How many' + 'are' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle').
Perkataan 'how many' menunjukkan objek sasaran (objek yang ditanya) adalah 'countable' (boleh dibilang).
Perkataan 'are' menunjukkan hal yang ditanya adalah berlaku pada masa 'present tense' (sekarang).
Perkataan 'are' menunjukkan objek sasaran (objek yang ditanya) adalah 'plural' (lebih dari satu).
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'are' dalam kombinasi 'are' + ('past participle') bererti telah di.
1. Struktur : 'How many' + 'are' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + are + (past participle)' bermakna berapa banyakkah telah di(pasif) (bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Fell | How many are felled ? | Berapa banyak yang ditebang ? |
| Caught | How many are caught ? | Berapa banyak yang ditangkap ? |
| Make | How many are made ? | Berapa banyak yang dibuat ? |
| Save | How many are saved ? | Berapa banyak yang diselamatkan ? |
| Sale | How many are sold ? | Berapa banyak yang dijual ? |
2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'are' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur 'how many + (objek) + are + (past participle)' bermakna berapa banyak (objek) telah di(pasif) (bentuk 'pasif').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'Plural' dan 'countable' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Fell | How many trees are felled ? | Berapa banyak pokok yang ditebang ? |
| Caught | How many monkeys are caught ? | Berapa banyak monyet yang ditangkap ? |
| Make | How many balls are made ? | Berapa banyak bola yang dibuat ? |
| Save | How many cats are saved ? | Berapa banyak kucing yang diselamatkan ? |
| Sale | How many rackets are sold ? | Berapa banyak reket yang dijual ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb