Bertanya 'berapa kerap' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa kerap' dimana hal yang ditanya itu (berapa kerap) dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'how often' bermakna berapa kerap.
Bertanya 'berapa kerap' (sekarang) dalam bahasa Inggeris dilakukan dalam salah satu struktur berikut :
How often + am ....
How often + is ....
How often + are ....
How often + has ....
How often + have ....
How often + do ....
How often + does ....
How often + will ....
How often + shall ....
How often + can ....
Contoh :
| English | Melayu |
| How often is leap year ? | Berapa kerapkah tahun lompat ? |
| How often are ministers appointed ? | Berapa kerapkah para menteri dilantik ? |
| How often do chickens lay eggs ? | Berapa kerapkah ayam-ayam betina bertelur ? |
| How often does a chicken lay eggs ? | Berapa kerapkah seekor ayam betina bertelur ? |
| How often has Merdeka day fallen on Sunday ? | Berapa kerap hari Merdeka jatuh pada hari Ahad ? |
| How often have you been googled ? | Berapa kerap awak dicari melalui Google ? |
| How often shall I wash my hair ? | Berapa kerap harus saya cuci rambut saya ? |
| How often will you wash your hair ? | Berapa kerap awak akan cuci rambut awak ? |
| How often can I wash my hair ? | Berapa kerap saya boleh cuci rambut saya ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- 'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Perkataan 'am' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek ' I ' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Perkataan 'is' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Perkataan 'are' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense' dan 'non-verb'.
- Kombinasi 'has' + (objek) + ('past participle') bermakna 'sudah' bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present perfect tense' dan 'verb'.
- Kombinasi 'have' + (objek) + ('past participle') bermakna 'sudah' bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present perfect tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'does' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'do' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'shall' bermakna 'sepatutnya' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'will' bermakna 'akan' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'can' bermakna 'boleh' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb