Bertanya 'berapa kerap' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa kerap' dimana hal yang ditanya itu (berapa kerap) dimaksudkan ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya berapa kerap, gunakan perkataan 'how often'.
Perkataan 'how often' digunakan dalam salah satu struktur berikut, dimana hal yang ditanya itu (berapa kerap) dimaksudkan ujud pada masa lepas :
How often + was + (objek)....
How often + were + (objek) ....
How often + did + (objek) ....
How often + would + (objek) ....
How often + should + (objek) ....
How often + could + (objek) ....
Semua perkataan diatas iaitu 'was', 'were', 'did', 'would', 'should', 'could' menunjukkan masa 'past tense'.
Perkataan 'was' digunakan jika objek ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'should' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'could' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'was' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'would' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'should' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'could' digunakan bagi 'verb'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
| English | Melayu |
| How often was the team appear on TV in 2011 ? | Berapa kerapkah pasukan itu muncul di TV pada tahun 2011 ? |
| How often were you absent in 2000 ? | Berapa kerapkah awak tidak hadir pada tahun 2000 ? |
| How often did people take bath in 1400 ? | Berapa kerapkah manusia mandi pada tahun 1400 ? |
| How often should I wash my hair ? | Berapa kerap harus saya cuci rambut saya ? |
| How often would I wash my hair ? | Berapa kerap akan saya cuci rambut saya ? |
| How often could I wash my hair ? | Berapa kerap boleh saya cuci rambut saya ? |
Catitan :
- Perkataan 'was' bermaksud ialah/adalah/merupakan (bagi masa lepas).
- Perkataan 'were' bermakna ialah/adalah/merupakan (bagi masa lepas).
- Perkataan 'did' bermaksud telah melakukan (bagi masa lepas).
- Perkataan 'should' bermakna 'sepatutnya' (bagi masa lepas).
- Perkataan 'would' bermakna 'akan' (bagi masa lepas).
- Perkataan 'could' bermakna 'boleh' (bagi masa lepas).
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb