Bertanya 'berapa harga' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa harga' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Pertanyaan 'how much' digunakan bagi bertanya berapa harga.
Berikut ialah beberapa struktur dimana perkataan 'how much' digunakan (bagi masa sekarang) bagi pertanyaan berapa harga :
| English | Melayu |
| How much ? | Berapa harga ? |
| How much is this ? | Berapa harga yang ini ? |
| How much is this fish ? | Berapa harga ikan ini ? |
| How much is this fish now ? | Berapa harga ikan ini sekarang ? |
| How much does this cost ? | Berapa harga yang ini ? |
| How much does this fish cost ? | Berapa harga ikan ini ? |
Catitan :
- Walaupun masa tidak dinyatakan, tetapi apabila 'is', 'does','has' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud sekarang, bagi objek 'singular'.
- Walaupun masa tidak dinyatakan, tetapi apabila 'are', 'do', 'have' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud sekarang, bagi objek 'plural'.
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- 'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
- Perkataan 'is' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense'dan 'non-verb'.
- Perkataan 'are' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense'dan 'non-verb'.
- Perkataan 'does' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan masa 'present tense'dan 'verb'.
- Perkataan 'do' bermakna ialah/adalah/merupakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan masa 'present tense'dan 'verb'.
- Perkataan 'shall' bermakna 'sepatutnya' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'will' bermakna 'akan' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
- Perkataan 'can' bermakna 'boleh' bagi semua objek dan masa 'present tense' dan 'verb'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb