Friday, January 31, 2020

251. Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'berapa ramai (yang) sudah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa ramai (yang) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada tempoĥ masa sekarang.

Dalam bahasa Melayu, 'berapa ramai' digunakan bagi manusia. 'Berapa banyak' digunakan bagi bukan manusia.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'berapa ramai' ialah 'how many'. 'Berapa banyak' juga menggunakan 'how many'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur bagi bertanya 'berapa ramai (yang) sudah di(pasif)' (sekarang) :

1. 'How many' + 'have' + 'been' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'have' + 'been' + ('past participle').

Kombinasi 'have + ... + ('past participle')' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense'.
Walaupun masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan 'have' digunakan, ia menunjukkan hal masa sekarang.

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.



1. Struktur : 'How many' + 'have' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'have' + 'been' + ('past participle')' bermakna berapa ramai (yang) sudah sudah di(pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa ramai' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many have been killed in the attack ?Berapa ramai sudah dibunuh dalam serangan itu ?
How many have been asked to stay ?Berapa ramai yang sudah disuruh tetap di situ ?
How many have been asked to go ?Berapa ramai yang sudah disuruh pergi ?
How many have been pardoned ?Berapa ramai yang sudah diampunkan ?
How many have been selected ?Berapa ramai yang sudah dipilih ?
How many have been cheated ?Berapa ramai yang sudah ditipu ?

2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga have - hal 'berapa ramai' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many people have died in the bombings ?Berapa ramai manusia telah mati dalam pengeboman itu ?
How many students have been selected ?Berapa ramai pelajar yang sudah dipilih ?
How many students have been asked to leave ?Berapa ramai pelajar yang sudah disuruh pergi ?
How many students have been asked to go ?Berapa ramai pelajar yang sudah disuruh pergi ?
How many prisoners have been pardoned ?Berapa ramai pesalah yang sudah diampunkan ?
How many people have been injected ?Berapa ramai orang yang sudah disuntik ?
How many people have been cheated ?Berapa ramai orang yang sudah ditipu ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...