Bertanya 'apa (objek) (buat)' (dulu) bermaksud bertanya apa (objek) (buat) dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa (objek) (buat) ialah 'what' (objek) ('verb').
Dalam bahasa Inggeris, struktur yang digunakan bagi bertanya 'apa (objek) (buat)' (dulu) ialah :
'What' + 'did' + (objek) + ('verb').
Struktur ini berbentuk berikut : Perkataan 'what' diikuti dengan perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja/bunyi dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua - 'He, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dulu - hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman pada masa dulu).
3. 'verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| What did the cholesterol levels mean ? | Apa makna tahap kolesterol berkenaan ? |
| What did he mean ? | Apa (yang) dia maksudkan ? |
| What did he mean by saying that ? | Apa (yang) dia maksudkan dengan berkata demikian ? |
| What did he think ? | Apa (yang) dia fikir ? |
| What did he think about the show ? | Apa (yang) dia fikir tentang persembahan itu ? |
| What did he do ? | Apa (yang) dia lakukan ? |
| What did he do with the tool ? | Apa (yang) dia telah buat dengan alat itu ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' biasa/boleh disenyapkan.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan hal masa lalu ('past tense') .
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb