Bertanya >'bagaimana harus (objek) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'bagaimana harus (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, bertanya bagaimana harus (objek) di(pasif) (sekarang) ialah 'how shall (objek) be ('past participle')'.
Berikut ialah struktur yang digunakan dalam bertanya bagaimana harus (objek) di(pasif) dalam bahasa Inggeris:
1. 'How' + 'shall' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Perkataan 'how' dalam struktur ini bermakna bagaimana.
Perkataan 'shall' dalam struktur ini bermakna harus, seharusnya.
Perkataan 'shall' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'shall' menunjukkan masa 'present tense'.
Untuk menunjukkan 'past tense', gunakan perkataan 'should'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi jika perkataan 'shall' digunakan, ini bererti masa bagi hal yang ditanya ialah 'present tense' (sekarang).
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu dibina dari 'verb'.
Perkataan 'be' dalam kombinasi perkataan 'be' + ('past participle') bererti di.
'How' + 'shall' + (objek) + 'be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how shall' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'How shall' bermakna bagaimana seharusnya atau bagaimana sepatutnya.
| English | Melayu |
| How shall they be grouped ? | Bagaimana harus mereka dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan ? |
| How shall they be classified ? | Bagaimana harus mereka dipecahkan kepada kelas-kelas ? |
| How shall they be coloured ? | Bagaimana harus mereka dipecahkan kepada warna-warna ? |
| How shall the issue be dealt with ? | Bagaimana seharusnya isu itu ditangani ? |
| How shall a sentence be started ? | Bagaimana sepatutnya satu ayat dimulakan ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb