Bertanya 'apa mesti (objek) buat' bermaksud bertanya 'apa mesti (objek) buat'.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'what' bermakna apa atau apakah.
Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut boleh digunakan untuk bertanya demikian :
1. 'What' + 'must' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'must' digunakan oleh semua objek.
Perkataan 'must' digunakan bagi semua masa ('tense').
Dalam bahasa Melayu, perkataan Inggeris 'must' bererti mesti.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
1. Struktur : 'What' + 'must' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'must' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
'What must' bermakna apa yang mesti.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : Semua 'tense'.
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| What must I eat ? | Apa (yang) mesti saya makan ? |
| What must we do with extra cash ? | Apa (yang) mesti kita buat dengan duit lebihan ? |
| What must economists learn from the financial crisis ? | Apa (yang) ahli ekonomi mesti belajar dari krisis ekonomi ? |
| What must they do about it ? | Apa (yang) mereka mesti buat mengenai hal itu ? |
| What must everyone know about negotiation ? | Apa (yang) setiap orang mesti tahu tentang perundingan ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb