Bertanya 'apa sepatutnya (objek) (buat)' (dulu) bermaksud bertanya 'apa sepatutnya (objek) (buat)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu .
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya 'apa sepatutnya (objek) (buat)' (dulu), gunakan struktur ayat ini :
'What' + 'shall' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'should' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'should' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
'Shall' - bermakna 'sepatutnya' atau 'seharusnya' (bagi 'present tense').
'Should' - bermakna 'sepatutnya' atau 'seharusnya' (bagi 'past tense').
Perkataan-perkataan Inggeris itu boleh dikombinasikan dengan perkataan Inggeris 'what' untuk membentuk soalan, seperti berikut :
'What shall' - bermakna 'apa yang sepatutnya' atau 'apa yang seharusnya' (bagi 'present tense').
'What should' - bermakna 'apa yang sepatutnya' atau 'apa yang seharusnys (bagi 'past tense').
Jadi, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') ujud hal yang ditanya itu untuk menggunakan 'modal verb' yang sesuai dengan masa ('tense').
Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'what' bermakna apa atau apakah.
1. Struktur : 'What' + 'should' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'should' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.
'What should' bermakna apa yang harus (dulu).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua. 'Should' boleh digunakan oleh semua objek ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense'. Perkataan 'should' (satu 'modal verb') menunjukkan masa hal 'past tense'.
3. 'Verb' (perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| What should I eat ? | Apa (yang) harus saya makan ? |
| What should we do with extra cash ? | Apa (yang) harus kita buat dengan duit lebihan ? |
| What should economists learn from lasy year financial crisis ? | Apa (yang) ahli ekonomi harus belajar dari krisis ekonomi tahun lepas ? |
| What should they do about it ? | Apa (yang) mereka harus buat mengenai hal itu ? |
| What should everyone know about negotiation ? | Apa (yang) setiap orang harus tahu tentang perundingan ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- Dalam bahasa Melayu, perkataan yang adalah biasa/boleh disenyapkan.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb