Friday, June 5, 2020

63. Bertanya 'apa yang mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'apa yang mempunyai' (sekarang)

Bertanya apa yang mempunyai (sekarang) bermaksud bertanya apa yang mempunyai dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang ('present tense').

Dalam bahasa Inggeris, bertanya apa yang mempunyai (sekarang) ialah 'what has'.

Strukturnya ialah : 'What' + 'has' + (objek).

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan ('objek') tertentu.

'What has' boleh bermakna apa yang mempunyai atau apa yang ada.

'What has' digunakan bagi :

1. Objek sasaran : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud sebagai kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - (objek) juga merupakan sejenis 'non-verb'.

EnglishMelayu
What has four wheels and flies ?Apa yang mempunyai empat roda dan boleh terbang ?
What has nothing but a head and a tail ?Apa yang tidak mempunyai apa-apa kecuali kepala dan ekor ?
What has three hands but only one face ?Apa yang mempunyai tiga tangan tapi hanya satu muka ?
What has a neck but no head ?Apa yang mempunyai leher tapi tiada kepala ?
What has these spots ?Apa yang mempunyai bintik-bintik ini ?

Catitan :

- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'Present tense' bagi objek 'singular'.
- Dalam struktur ini, 'has' bermakna 'mempunyai'.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...