Tuesday, March 17, 2020

186. Bertanya 'mengapa', 'kenapa' (sendiri)

Bertanya 'mengapa', 'kenapa' (sendiri)

Bertanya 'mengapa' (sendiri) sama dengan bertanya 'kenapa' (sendiri).

Bertanya 'mengapa' (sendiri) atau 'kenapa' (sendiri) bermaksud bertanya 'mengapa' atau 'kenapa' dimana perkataan itu diguna bersendirian tanpa melibatkan objek dan masa. Tiada perkataan lain sebelum dan selepasnya.

Dalam bahasa Inggeris, makna mengapa atau kenapa ialah 'why'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang diguna untuk bertanya mengapa atau kenapa dimana perkataan itu diguna bersendirian tanpa bergantung kepada sistem objek dan masa ialah :

1. 'Why'.



1. 'Why'

'Why' boleh digunakan secara sendiri tanpa dikaitkan dengan sistem objek dan masa.

EnglishMelayu
WhyKenapa
Mengapa
Ali : I don't want to go
Abu : Why ?
Ali : Saya tak mahu pergi
Abu : Kenapa ?
Siti : Don't touch
Ali : Why ?
Siti : Jangan sentuh
Ali : Mengapa ?

Perhatian

Walaupun 'why' biasanya diguna dalam pertanyaan tetapi sering juga digunakan dalam ayat biasa.

EnglishMelayu
I don't know whySaya tidak tahu mengapa
I don't know why it is done that waySaya tidak tahu mengapa ia dibuat seperti itu
I want to know whySaya mahu tahu kenapa
Learn why it worksBelajar mengapa ia berfungsi
Define 'why'Beri definisi 'why'

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...