Bertanya 'siapa' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 7 struktur bagi bertanya siapa (sekarang) :
1. 'Who' + 'am' + (objek).
2. 'Who' + 'is' + (objek).
3. 'Who' + 'is' + ('non-verb').
4. 'Who' + 'are' + (objek).
5. 'Who' + 'are' + ('non-verb').
6. 'Who' + 'do' + (objek) + ('verb').
7. 'Who' + 'does' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'do' digunakan jika objek 'I, you, plural'.
Perkataan 'am' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'is' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'are' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'does' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'do' digunakan bagi 'verb'.
Objek termasuk sebagai 'non-verb'.
Perkataan 'am', 'is', 'are', 'do', 'does' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa atau tarikh tidak dinyatakan, tetapi apabila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu berlaku atau ujud pada masa sekarang.
1. Struktur : 'Who' + 'am' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja - mengikut perkataan 'am'.
2. Masa : 'Present tense' - kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ada pada masa sekarang).
| English | Melayu |
| Who am I ? | Siapa saya ni ? |
Catitan :
- Perbezaan antara 'who am I' dengan 'who I am' (saya siapa) : 'Who am I ?' digunakan dalam pertanyaan, contohnya apabila kita keliru siapa kita. 'Who I am' pula digunakan seperti dalam ayat 'I know who I am' (saya tahu saya siapa). Atau 'do you know who I am ?' (adakah awak tahu saya siapa ?).
2. Struktur : 'Who' + 'is' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).
| English | Melayu |
| Who is this ? | Siapa ini ? |
| Who is he ? | Siapa dia ni ? |
| Who is she ? | Siapa dia ni ? |
| Who is her friend ? | Siapa kawan dia ? |
| Who is his best friend ? | Siapa kawan rapat dia ? |
Catitan :
- Bezakan antara 'who is this' (struktur pertanyaan yang betul) dengan 'who this is' (struktur pertanyaan yang salah). Dll.
3. Struktur : 'Who' + 'is' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).
| English | Melayu |
| Who is not happy ? | Siapa (yang) tidak gembira ? |
| Who is not satisfied ? | Siapa (yang) tidak puashati ? |
| Who is against the proposal ? | Siapa (yang) menentang cadangan itu ? |
| Who is for the proposal ? | Siapa (yang) setuju dengan cadangan itu ? |
| Who is having fever ? | Siapa (yang) sedang demam ? |
| Who is at the door ? | Siapa (yang) berada di pintu ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan '(yang)' boleh/biasanya disenyapkan.
4. Struktur : 'Who' + 'are' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| Who are you ? | Siapa awak ? |
| Who are your friends ? | Siapa kawan-kawan awak ? |
| Who are they ? | Siapa mereka ? |
| Who are the participants ? | Siapa para pesertanya ? |
| Who are we to them ? | Siapa kita pada mereka ? |
5. Struktur : 'Who' + 'are' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
| English | Melayu |
| Who are taller than 6 feet ? | Siapa-siapa yang lebih tinggi dari 6 kaki ? |
| Who are sleepy ? | Siapa-siapa yang mengantuk ? |
| Who are hungry ? | Siapa-siapa yang rasa lapar ? |
| Who are not busy ? | Siapa-siapa yang tidak sebok ? |
| Who are not sleepy ? | Siapa-siapa yang tidak mengantuk ? |
6. Struktur : 'Who' + 'do' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'do' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'do'.
2. Masa : 'Present tense' - kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan kelaziman pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
| English | Melayu |
| Who do you think you are ? | Awak fikir awak siapa ? |
| Who do you think we should support ? | Siapa awak fikir kita seharusnya sokong ? |
| Who do you think will win ? | Siapa awak fikir yang akan menang ? |
| Who do you work for ? | Awak berkerja dengan siapa ? |
| Who do you trust ? | Siapa yang awak menaruh kepercayaan ? |
| Who do you believe ? | Siapa yang awak percaya ? |
| Who do you like ? | Siapa yang awak suka ? |
| Who do they choose ? | Siapa yang mereka pilih ? |
| Who do we serve ? | Kita berkhidmat kepada siapa ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
7. Struktur : 'Who' + 'does' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'does' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain 'singular' - mengikut perkataan 'does'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Who does she think she is ? | Dia fikir dia tu siapa ? |
| Who does he choose ? | Siapa yang dia pilih ? |
| Who does he serve ? | Dia berkhidmat kepada siapa ? |
| Who does what ? | Siapa yang buat apa ? |
| Who does the dishes ? | Siapa yang menyediakan makanan ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who am | Who am + (objek) | I | Present tense | Soalan |
| 2 | Who is | Who is + (objek) | Singular | Present tense | Soalan |
| 3 | Who is | Who is + (non-verb) | Singular | Present tense | Soalan |
| 4 | Who are | Who are + (objek) | You, Plural | Present tense | Soalan |
| 5 | Who are | Who are + (non-verb) | You, plural | Present tense | Soalan |
| 6 | Who do | Who do + (objek) + (verb) | I, You, Plural | Present tense | Soalan |
| 7 | Who does | Who does + (objek) + (verb) | Singular | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb