Sunday, January 19, 2020

228. Bertanya 'berapa umur' (dulu)

Bertanya 'berapa umur' (dulu)

Bertanya 'berapa umur' (dulu) bermaksud bertanya 'berapa umur' dimana hal yang ditanya itu (umur) dimaksudkan ujud pada masa lepas.

Untuk bertanya berapa umur atau berapa usia dalam bahasa Inggeris, gunakan 'how old'.

'How old' bermakna berapa usia atau berapa umur.

Tiap-tiap satu struktur bahasa Inggeris berikut boleh digunakan untuk bertanya 'berapa umur' (dulu) :

How old + was + (objek) + ('non-verb') ...
How old + were + (objek) + ('non-verb') ...
How old + had + (objek) + ('past participle') ...
How old + did + (objek) + ('verb') ...
How old + should + (objek) + ('verb') ...
How old + would + (objek) + ('verb') ...
How old + could + (objek) + ('verb') ...

Perkataan 'was' dan 'were' bermakna ialah/adalah/merupakan.

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'was', 'were', 'did' menunjukkan masa 'past tense'.

Perkataan 'was', 'were', digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.

Perkataan 'had' dalam kombinasi 'had' .... ('past participle') bermaksud sudah.
Kombinasi 'had' .... ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.
Perkataan 'Past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Dalam sesetengah kamus, 'past participle' biasanya ditanda dengan 'pp'.


Perkataan 'should' bermakna sepatutnya digunakan bagi semua objek dan menunjukkan masa 'past tense' dan digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'could' bermakna boleh digunakan bagi semua objek dan menunjukkan masa 'past tense' dan digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'would' bermakna akan digunakan bagi semua objek dan menunjukkan masa 'past tense' dan digunakan bagi 'verb'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).


EnglishMelayu
How old was he on that date ?Berapa umur dia pada tarikh itu ?
How old was she in 2013 ?Berapa umur dia pada 2013 ?
How old were Husin and Siti when they got married ?Berapakah umur Husin dan Siti semasa mereka berkahwin ?
How old were they when they enter the college ?Berapa umur mereka semasa mereka masuk kolej ?
How old had he been when that had happened ?Berapa sudah umur dia masa hal itu terjadi ?
How old did people get married during the Middle Ages?Berapa umur manusia berkahwin pada zaman Pertengahan ?
How old did I look ?Saya kelihatan berumur berapa ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...